Pakej Astro Naik RM15 Mulai 15 Julai 2011

Pakej Astro naik RM15, Mulai 15 Julai 2011 | Harga Langganan Pakej Astro Naik


Berita baik untuk peminat Akademi Fantasia 9, Maharaja Lawak , dan Drama Cinta Melody. Berita terkini yang diterima bahawa Astro akan menaikkan harga langganan pakej kepada RM 15 mulai 15 Julai 2011 ini. Alasan yang diberikan ialah tidak mampu menanggung atau menyerap kenaikan kos operasi. 

Persatuan pengguna islam Malaysia ( PPIM ) pula mahu dedahkan perjanjian dan masalah ini. PPIM juga mahu mengugut untuk memboikot Astro jika pihak televisyen berbayar itu mahu meneruskan niat itu. Jika sebelum ini, Astro telah pun menaikkan beberapa harga pakej seperti Sport Pakej yakni pakej Sukan, namun semalam Astro mengumumkan akan menaikkan harga pakej perkhidmatannya kepada RM 15 berkuatkuasa 15 Julai 2011. Menurut PPIM yuran bulanan Astro serta harga pakej terkini, sudah cukup menanggung kos operasi memandangkan jumlah pelanggan Astro yang ramai.

Jika sebelum ini, Astro telah banyak menimbulkan persoalan dan rasa kurang senang segelintir pengguna termasuk ketika pengumuman rancangan realiti Maharaja Lawak yang dialih siaran ke Astro Warna, dimana pelanggan dikehendaki melanggan Pakej Mustika dahulu. Sedangkan dua minggu sebelum itu, ianya ditayangkan di Astro Prima. baca DISINI

Mungkin selepas ini, segala siaran langsung sukan seperti perlawanan skuad negara di luar negara akan mampu dibawakan oleh pihak Astro jika pengumuman ini menjadi kenyataan 15 Julai depan. Jika tidak sia-sia lah kenaikan ini dilakukan jika masih belum mampu memuaskan pelanggan.

p/s : jika 1 pelanggan RM 15 - kalau 1 juta pelanggan Astro = ?? rm 15 juta......



sumber : kdaily




7 comments:

  1. td ada baca gak psl harga astro ni..biasa le nak untung

    ReplyDelete
  2. wah..makin meningkatlah beban rakyat yg bertambah miskin macam kita nih..
    bro..cbox down la.. sini ler jejak...

    ReplyDelete
  3. ni lah bahananya monopoli dalam market bila kita cuma ada satu saja pilihan...yang boleh kita buat ialah boikot sahaja...toksah duk tengok Astro...kalau nak tgk rancangan yg ada kat astro layan saja kat youtube..

    ReplyDelete
  4. tak ada saingan.... cengitu lah jadinya...

    ReplyDelete
  5. dulu ada satu pesaing. tapi awal2 lagi dah kena beli dengan astro. Apa ntah nama syarikat tu... Kalau potong astro dapatkah kita tengok tv seterang ini? huhuhu..

    ReplyDelete
  6. download kat internet jer..... tak payah tgk kat astro :) byk jimat ooo

    ReplyDelete

Popular Posts