Video | Final Piala FA 11 Jun 2011 Kelantan vs Terengganu | Match Highlight

Video |Gol Final Piala FA 11 Jun 2011 Kelantan vs Terengganu


Saksikan video gol dan aksi final piala fa 11 jun 2011 pertemuan antara Kelantan vs Terengganu di Stadium Nasinal Bukit Jalil malam tadi. Pasti semua sudah tahu akan keputusannya. Terengganu juara piala FA 2011 menewaskan Kelantan 2-1. Setelah ketinggalan 1-0 hasil jaringan menarik Nurul Azwan Roya pada minit ke 73.

Terengganu melancarkan asakan dan serangan bertubi-tubi. Ketika permainan berbaki 1 minit sebelum ditamatkan, melalui satu serangan pantas, Terengganu berhasil menyamakan kedudukan dalam masa tambahan hasil kesilapan jaringan sendiri pemain Kelantan, Daudsu yang tertanduk bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola dari keadaan berbahaya dihadapan gawang Kelantan.

Permainan bersambung ke masa tambahan, dan Terengganu dilihat lebih banyak menguasai perlawanan selepas jaringan penyamaan tersebut. Dan hasilnya melalui satu sepakan sudut, bola sampai kepada Joseph Kalang yang menanduk ke arah gawang kelantan sebelum disambung melalui sepakan oleh Nordin Alias yang gagal ditampan oleh penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat, untuk meletakkan Terengganu dihadapan 2-1.

Keputusan kekal sehingga tamat permainan dan Terengganu dinobatkan juara piala FA 2011, dan merupakan pasukan terakhir memegang piala tersebut sebelum ianya ditukar pada tahun hadapan.


Video Gol Final Piala FA Kelantan vs Terengganu 11 Jun 2011 Highlights


sumber : youtube  : sokernet.com





carian : video final piala fa 11 jun 2011, video jaringan pertama terengganu final piala fa 11 jun 2011, jaringan pertama kelantan final piala fa 11 jun 2011, jaringan kedua terengganu final piala fa 11 jun 2011, video highlight gol perlawanan akhir piala fa kelantan vs terengganu 11 jun 2011

5 comments:

Popular Posts