Harga Tiket Kelantan FA vs Pelita Jaya FC 9 Julai 2011



Tiket Kelantan FA vs Pelita Jaya FC 9 Julai 2011 | 2000 Keping Tiket Percuma Untuk Penyokong The Red Warriors


Perlawanan persahabatan antara pasukan Kelantan vs Pelita Jaya sebuah kelab dari Indonesian Super League kelab dimana Safee Sali beraksi ketika ini akan diadakan pada 9 Julai 2011 di Stadium Sultan Muhammad ke IV. Perlawanan persahabatan Kelantan vs Pelita Jaya ini dijadualkan pada 2 Julai 2011 namun ditunda ke 9 Julai 2011 atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan. 

Kemungkinan disebabkan perlawanan kedua kelayakan piala dunia 2014 Malaysia vs Taiwan pada 3 Julai 2011 yang terlalu hampir tarikhnya dengan perlawanan tersebut. Sebanyak 2,000 keping tiket percuma Kelantan vs Pelita Jaya akan diberi kepada penyokong setia dan bertuah The Red Warriors melalui satu pemilihan.  

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata pemilihan itu akan dilakukan pada program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pemain dan peminat bola sepak Kelantan, pada 2 Julai 2011 , Sabtu ini. Penyokong dikehendaki memakai jersi Kelantan pada tarikh tersebut dan pemilihan adalah secara rawak di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang.

Tiket - tiket lain boleh dibeli di Stadium Sultan Muhammad ke IV. Harga Tiket Kelantan vs Pelita Jaya 9 Julai 2011 adalah seperti berikut ;

Tiket Terbuka: RM 10
Tiket Astaka 1 (Batu): RM 12
Tiket Astaka 2 (Kerusi): RM20
Kanak-Kanak bawah 12 Tahun masuk percuma di Tempat duduk terbuka.

Penyokong Kelantan mempunyai pilihan untuk masuk percuma jika mereka mempunyai keratan tiket perlawanan Kelantan menentang Perak (14 Jun) dan Malaysia melawan Myammar (18 Jun). Keratan ini hendaklah ditukar di Wisma KAFA untuk mendapatkan sekeping tiket jemputan khas. Jika mempunyai salah satu daripada keratan tiket diatas, mereka boleh mendapatkan tiket dengan separuh harga


sumber : portalsukan.com

No comments:

Post a Comment

Popular Posts