Keputusan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011
Perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan piala dunia 2014 akan berlangsung di Taipei pada 3 Julai 2011 hari ini. Setelah pada perlawanan pertama Malaysia menewaskan Taiwan 2-1 di Bukit Jalil ( keputusan seperti gambar diatas ) . Tiada apa selain gol awal di tempat lawan yang diperlukan skuad negara bagi mengukuhkan kedudukan agregat. Bagi pasukan Taiwan, kemenangan 1-0 sudah memadai bagi mereka untuk layak dari segi gol ditempat lawan untuk ke pusingan kedua bertemu Singapura yang mendapat bye.
Jurulatih skuad negara, K.Rajagopal bakal menampilkan elemen kejutan hari ini. Dengan beberapa 'muka baru' yang tidak diturunkan semasa perlawanan pertama dijangka bakal diturunkan hari ini. Barisan kemungkinan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011 mungkin ada sedikit perubahan. Dengan Norshahrul Idlan Talaha dijangka bakal mengambil semula posisi beliau dan pemain pertahanan olimpik Mahali Jasuli dijangkan mengambil tempat Helmy Ramely. Kedudukan Safee Sali masih lagi samar-samar sama ada dapat diturunkan petang ini atau tidak berikutan kecederaan yang dialami sewaktu perlawanan pertama.
Malaysia mempunyai pilihan untuk menurunkan Abdul Hadi Yahya dan Ahmad Fakri Shaarani sebagai ganti. Diposisi tengah, kelincahan kapten pasukan Syafiq Rahim masih diperlukan, dan dijangka bakal bergandingan dengan Badrol Bakhtiar di posisi tengah. Bahagian sayap pula bakal dikemudi oleh Kunalan dan Rajagopal mempunyai pilihan untuk memasukkan S.Chanturu, Ashaari Shamsudin atau Amirulhadi di posisi itu.
Senarai nama pemain Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011 hanya K.Rajagopal sahaja yang mempunyai jawapan. Semoga doa yang mengiringi skuad negara ke Taiwan, bakal dimakmulkan dan kemenangan berpihak kepada malaysia menamatkan kemarau untuk layak ke pusingan kedua kelayakan piala dunia.
No comments:
Post a Comment