USTZAH PILIHAN ASTRO OASIS CETUS KONTROVERSI ?

PENGACARA & TENAGA PENGAJAR USTAZAH PILIHAN 2011

 
Sesi uji bakat Ustazah Pilihan di seluruh Malaysia telah pun selesai, Astro Oasis baru memperkenalkan pula Mudirah atau pengetua dan dua Mursyidah atau tenaga pengajar. Tiga peneraju utama itu bakal berperanan sebagai pembimbing dan penasihat dalam misi menyerlahkan ikon muslimah berpotensi.

Ustazah Pilihan yang bakal memulakan siaran di Astro Oasis (saluran 106) pada 1 Oktober 2011 ini dipimpin oleh Dr. Robiah K Hamzah sebagai Mudirah bersama dua orang Mursyidah iaitu Profesor Dr. Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan.  Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, tiga tenaga pengajar yang dipilih boleh dianggap sebagai lubuk emas untuk peserta Ustazah Pilihan menimba ilmu dan pengalaman.
 
Ustazah Pilihan masih lagi berpaksikan pencarian pendakwah unggul dengan memaparkan kepentingan memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malah memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pembentuk dan pemimpin generasi akan datang.  
 
Pemilihan peserta Ustazah Pilihan dibuat melalui tiga fasa pemilihan iaitu menguji peserta melalui bacaan surah-surah dalam al-Quran, bertanya mengenai isu-isu berkaitan wanita dan semasa serta ujian mengikut keperibadian masing-masing. Fasa pertama, peserta bukan sahaja dilihat boleh membaca surah-surah yang diminta tetapi peserta juga perlu membaca mengikut bacaan dan tajwid yang betul serta bertaranum,ustazah pilihan tidak memilih wanita berpandukan paras rupa tetapi lebih kepada kebolehan mereka melontarkan suara di khalayak dengan berani dan jelas.
 
Mudirah Ustazah Pilihan turut berkongsi cabaran dalam memikul tugas sebagai pendidik. Menurut Dr. Robiah K. Hamzah, dia tidak menganggap cabaran untuk mendidik peserta Ustazah Pilihan dalam bentuk yang susah sebaliknya bermohon kepada Allah SWT agar program itu dapat melahirkan insan yang gemilang dan terbilang.
 
Astro Oasis turut mengambil kesempatan memperkenalkan pengacara bagi program Ustazah Pilihan iaitu Siti Rohani Surani. Siti yang juga merupakan penyampai radio bagi saluran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu dipilih berdasarkan potensinya mengendalikan saluran IKIM dengan menarik.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts