HARGA TERKINI TOPUP NAIK 6 PERATUS 15 SEPTEMBER 2011 |CUKAI 6% KAD PRA BAYAR TAMBAH NILAI

KAD PRA BAYAR TAMBAH NILAI NAIK HARGA | TOPUP NAIK HARGA 6 %
 
 
Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998. Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif. “Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu.

sumber- BERNAMA


 
 
 
 
 
 
tags: harga terkini topup september 2011, HARGA TOPUP NAIK, HARGA TERKINI TOPUP MAXIS,CELCOM DAN DIGI, HARGA TAMBAH NILAI TOPUP NAIK 2011, CUKAI 6% TOPUP, MAXIS DAN CELCOM NAIK HARGA TOPUP. HARGA TERBARU TOPUP NAIK 60 SEN,TOPUP NAIK 15 SEPTEMBER 2011, TOPUP NAIK HARGA 6 PERATUS, HARGA KAD PRA BAYAR TAMBAH NILAI TERKINI, SENARAI HARGA TERKINI TOPUP

No comments:

Post a Comment

Popular Posts