Jika dahulu nama Namawee sering kali dikaitkan dengan kontroversi, kontroversi apa?..Itu anda tahu-tahu sendiri lah, setelah secara tiba-tiba menyepikan diri, tiada sebarang berita mengenai isu kontroversi itu, mungkin ketika itu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik...Kini Namawee kembali mencipta kontroversi..sebenarnya bukanlah satu kontroversi,,tetapi bakal muncul dengan filem terbaru arahan beliau iaitu Nasi Lemak 2.0.
Apa yang menariknya mengenai filem ini, ramai artis tempatan yang sudah pun popular turut berlakon bersama-sama Namawee yang nerupakan watak utama dalam filem ini, termasuk Adibah Noor,Afdlin Shauki,Dato' David Arumugan, dan ramai lagi. Jauh sekali dengan kontroversi yang menyatakan Namawee 'racist' atau bersikap perkauman.
Ketepikan dahulu soal kontroversi lama itu, hari ini JR ingin meneliti dan berkongsi info mengenai filem yang sudah pun keluar awal September ini.
ini komen afdlin shauki mengenai filem ini..
ini komen afdlin shauki mengenai filem ini..
Kata Afdlin, dia tidak berlakon dalam keseluruhan filem itu dan hanya tampil dalam beberapa babak mengenai seorang suami berpoligami menjaga keharmonian dengan baik bersama empat isteri dikahwininya. “Ia bukan satu sindiran atau menjolok adat budaya atau kepercayaan pegangan hidup orang lain. Ia ada jalan cerita cukup membuatkan bangsa satu sama lain memahaminya dengan lebih baik. “Malah, filem Nasi Lemak 2.0 menggunakan bahasa Mandarin, Kantonis dan Hakka dengan tujuan memberi masyarakat Cina faham mengenai kepentingan semangat perpaduan dan bekerjasama dengan Melayu.
“Mesej Namewee kepada saya, dia mahu orang Cina mendapat gambaran jelas. Filem itu turut menyelitkan penggunaan bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris dengan menceritakan latar hidup masyarakat berbilang bangsa menerusi karakter serta aspek menarik kehidupan seharian dilalui. “Apabila saya tanya matlamat utama filem ini, katanya mahu memberitahu kita semua duduk satu negara yang memerlukan perpaduan membina sebuah negara kuat dan maju. Kita pelbagai bangsa saling memerlukan untuk mengimbangi kekurangan satu sama lain.
Sinopsis Nasi Lemak 2.0 Namawee
Filem Nasi Lemak 2.0 mengisahkanChef Huang (Namewee) menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai ‘Hero Huang’ dikawasan kejiranannya. Chef Huang akan membantu komunitinya sehingga dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dengan masalah.
Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaaan restorannya Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan beliau memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.
Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu dengan ramai ‘hero tempatan’ yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui semula asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam ‘nasi lemak’.
Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaaan restorannya Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan beliau memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.
Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu dengan ramai ‘hero tempatan’ yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui semula asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam ‘nasi lemak’.
Trailer Youtube Nasi Lemak 2.0 | Namawee Filem
**mungkin kah filem ini bakal meletup di pawagam atau meletup dengan kontroversi ?...apa apa pun, nasi lemak adalah makanan tradisional masyarakat melayu...jangan pula ia dikontroversikan sudah..pasal nasi lemak pun mahu bergaduh...
*lupakan sengketa, nikmatinya sekadar hiburan semata-mata...
*lupakan sengketa, nikmatinya sekadar hiburan semata-mata...
TAGS : KONTROVERSI NAMAWEE, FILEM NAMAWEE,NAMAWEE NASI LEMAK 2.0, FILEM NASI LEMAK 2.0 DOWNLOAD, FREE DOWNLOAD FILEM NASI LEMAK 2.0, SINOPSIS NASI LEMAK 2.0, BEST KAH NASI LEMAK 2.0,NAMAWEE FILM,kontroversi filem nasi lemak 2.0, racist namawee,pelajar racist
tak sabaq nak donlod. bagi cepat2 kit bro.
ReplyDelete