MALAYSIA VS AUSTRALIA 10 OKTOBER 2011| SENARAI PEMAIN JALANI LATIHAN


Desas-desus negatif mengatakan pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sering ‘pilih kasih’ dalam membentuk pasukannya sebelum ini sememangnya tidak berasas. Semalam, dua tonggak kebangsaan, Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal yang selama ini dilihat sering menjadi keutamaan Rajagobal tiba-tiba ‘tercicir’ daripada senarai 26 pemain yang terpilih menjelang aksi persahabatan menentang Australia di Sydney pada 10 Oktober depan.

Meskipun Safiq difahamkan terpinggir gara-gara penggantungan setelah mendapat kad merah semasa menentang Singapura pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini, ketiadaan Amirulhadi dalam senarai pemain kali ini sememangnya mengejutkan.

Tidak mustahil, prestasi hambar yang ditunjukkan oleh Safiq dan Amirulhadi ketika mewakili Selangor pada kancah saingan Piala Malaysia kali ini juga antara penyebab mengapa kedua-dua pemain itu digugurkan daripada senarai pemain negara bagi menentang Socceroos kelak.

Rajagobal begitupun enggan mengulas lanjut mengenai ketiadaan Safiq dan Amirulhadi dalam senarai pemainnya kali ini. Menurut beliau, dia hanya memilih pemain yang berada pada prestasi terbaik serta bebas daripada sebarang kecederaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan itu. Difahamkan, daripada 26 pemain tersebut, hanya 22 pemain sahaja yang akan terpilih menyarung jersi kebangsaan menentang Australia nanti.

Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali yang ketika ini menjalani ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City juga antara muka-muka lama yang masih mendapat kepercayaan Rajagobal selain Norshahrul Idlan Talaha yang turut dipanggil semula selepas diketepikan gara-gara kecederaan sebelum ini.

Pertemuan menentang Australia yang diperkuatkan dengan pemain terkenal seperti Tim Cahill, Harry Kewell dan Mark Schwarzer itu ternyata merupakan medan terbaik buat Rajagobal menguji barisan pemain terbaiknya dalam usaha untuk mengekalkan kejuaraan Piala Suzuki AFF pada tahun depan.
 
Senarai Latihan 26 Pemain Malaysia Dalam Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Australia, 7 Oktober 2011:

PENJAGA GOL

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA), Farizal Marlias (N.Sembilan FA), Norazlan Razali (Kuala Lumpur FA).

PERTAHANAN

Mahali Jasuli (Harimau Muda A), Norhafiz Zamani Misbah (N.Sembilan FA), Mohd Muslim Ahmad (Harimau Muda A), Fadhli Shas (Harimau Muda A/ loan to ViOn Zlaté Moravce), Farisham Ismail (Kelantan FA), Faizal Muhammad (Harimau Muda A/ loan to Terengganu FA), Asrarudin Putra Omar (Selangor FA), Zubir Azmi (Terengganu FA).

TENGAH

Amar Rohidan (Kedah FA), Baddrol Bakhtiar (Kedah FA), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah FA), S. Kunanlan (N.Sembilan FA), Joseph Kalang Tie (Terengganu FA), Shahrom Kalam (Kuala Lumpur FA), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur FA), K. Gurusamy (Harimau Muda A), Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda A).

PENYERANG

Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A), Syahrul Azwari (Harimau Muda A), K. Reuben (UKM), Shahrizal Saad (Johor FC), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA), Safee Sali (Pelita Jaya).

Barisan di atas boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak jurulatih Datuk K.Rajagopal dan tarikh muktamad akan di umumkan pada 4 Oktober 2011. 
 
 
 
 
 
 
 
 
tags: MALAYSIA VS AUSTRALIA, MALAYSIA VS AUSTRALIA FRIENDLY 10 OCTOBER 2011, PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA LAWAN AUSTRALIA,  SENARAI PEMAIN MALAYSIA VS AUSTRALIA 10 OKTOBER 2011, MALAYSIA VS AUSTRALIA 10 OKTOBER 2011,

No comments:

Post a Comment

Popular Posts