UNCLE SEEKERS HINA SULTAN JOHOR DAN KERABAT POSITIF DADAH

UNCLE SEEKERS YANG MENGHINA SULTAN JOHOR DAN KERABAT DIRAJA JOHOR SERTA TMJ DITAHAN DAN DIDAPATI POSITIF DADAH | KENAPA UNCLE SEEKERS BONGKARKAN 'RAHSIA SULIT' ISTANA JOHOR ?



Pengkaji paranormal, Uncle Seekers yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya uncleseekers.blogspot.com disahkan positif mengambil dadah jenis morfin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Akhir Ishak berkata, ujian air kencing terhadap Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini semalam.

"Hasil ujian air kencing tersebut, Uncle Seekers didapati positif morfin. Polis kemudian membuat satu laporan polis terhadap kesalahan dilakukan oleh Uncle Seekers," kata beliau.

Menurut beliau, kesalahan mengambil dadah terhadap Uncle Seekers disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000.

Bagaimanapun, Mohd. Akhir berkata, ujian sama yang dilakukan terhadap teman wanita Uncles Seekers, Siti Nadhirah Mohd. Zain, 26, mendapati wanita berkenaan negatif dadah.

Uncle seekers dalam blognya telah membuat satu pembongkaran mengenai kerabat diraja johor dan sultan johor sendiri mengenai isu-isu yang mungkin pernah didengar oleh kebanyakan orang ramai dan perkara-perkara yang disenyapkan dari perhatian umum.

Perkara yang dibangkitkan banyak berkaitan bekas penasihat Almarhum Sultan Iskandar iaitu Kamal Hisham seorang peguam yang kini seperti pelarian menurut dalam laman blog beliau yang menerima ancaman bunuh,

Blog tersebut turut mempertikaikan pembaziran wang oleh kerabat johor dalam pembelian nombor plat WWW1 dan pembahagian harta pusaka yang disifatkan tidak berlaku seperti yang diamanahkan almarhum sultan iskandar.

Persoalannya, mengapa Uncle seekers membongkarkan kesemua ini. Adakah beliau mempunyai dendam kepada kerabat diraja johor dan istana johor?..Atau disebabkan seperti yang pernah dikatakan dalam buku tulisan bapanya yang mendakwa sepatutnya takhta kerajaan diwariskan kepada keturunan mereka.

Apakah benar apa yang cuba dibongkarkan oleh Uncle Seekers dalam blognya ??..Apa pun kesudahan episod untuk isu ini terhenti apabila hanya tinggal 2 part sahaja setelah uncle seekers ditahan polis. 

Mungkin anda boleh baca jika masih belum didelete artikel dan tulisan beliau di SINI<<--
 
'DAULAT TUANKU'
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
tags : UNCLE SEEKSERS HINA SULTAN JOHOR DAN KERABAT, BLOG UNCLE SEEKERS, UNCLE SEEKERS DITAHAN HINA SULTAN JOHOR, UNCLE SEEKERS GADUH DENGAN SULTAN JOHOR DAN TMJ, TMJ TENGKU MAHKOTA JOHOR TENGKU ISMAIL IDRIS,  KERETA SULTAN JOHOR, FAZURA DAN TMJ, KERABAT DIRAJA JOHOR DIBONGKAR UNCLE SEEKERS, KENAPA UNCLE SEEKERS DEDAH BONGKARKAN KERABAT DAN ISTANA JOHOR, SEBAB KENAPA UNCLE SEEKERS HINA SULTAN DAN KEARABT DIRAJA JOHOR, UNCLE SEEKERS TANGKAP HANTU, UNCLE SEEKERS POSITIF DADAH, UNCLE SEEKERS HISAP DADAH, UNCLE SEEKERS SYED ABDULLAH SYED HUSSEIN AL-ATTAS, AYAH UNCLE SEEKERS,KETURUNAN UNCLE SEEKERS,BLOG UNCLE SEEKERS HINA SULTAN IBRAHIM SULTAN JOHOR

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Popular Posts