Gempa Bumi 8.9 Magnitud Mencetuskan Tsunami Di Jepun


Gempa bumi sinonim dengan tsunami jika ukuran magnitud nya melebihi 6.5 -7 skala ritcher pasti akan menghasilkan tsunami, tidak kira kecil atau besar ombak yang dihasilkan ia tetap boleh membawa kepada kemusnahan alam.

Terletak di altitud lingkaran api pasifik, Jepun merupakan sebuah negara yang tidak terlepas daripada kejadian alam ini. Dan pada hari ini Jepun sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi yang amat kuat sehingga mencetuskan tsunami dan ombak setinggi 7 meter di pantai Honsu, dimana 8.9 magnitud dikesan pada gegaran yang pertama.
   
 
beberapa artikel mengenai kejadian gempa bumi di Jepun

TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. 

 sumber : my metro

mujur tiada sebarang kesan ekoran tsunami yang melanda terhadap Malaysia.

2 comments:

  1. semoga negara kita dijauhkan dengan bencana sebegini..amin.. :)

    ReplyDelete
  2. amin...ini adalah petunjuk dari YANG MAHA ESA..

    ReplyDelete

Popular Posts