Khairul Fahmi ( Apek ) Menjadi Model Video Klip Lagu Solo


Siapa yang tidak kenal dengan beliau ketika ini. Khairul Fahmi Che Mat atau lebih senang dengan nama panggilan apek dikalangan rakan-rakan. Begitu tangkas mempertahankan gawang skuad negara dipadang bolasepak.

Tidak cukup dengan kehebatan di tengah padang, kemunculan di rancangan NONA, dan juga Nasi Lemak Kopi O di TV9, Penjaga Gol No 1 Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan “Apek” telah membuat kemunculan dalam video klip lagu berjudul “SOLO” nyanyian dari Andi A. Merican featuring Altimett.

kalau tak silap beliau bekas ahli infinetz ( gangstars )

Populariti Penjaga Gol muda kelahiran Kelantan ini naik mendadak setelah berjaya membantu Skuad Malaysia memenangi kejuaraan PIALA AFF SUZUKI 2010 pada tahun lalu.Sejak dari itu nama beliau terus meletup di Malaysia.

Bagaikan seorang celebriti bolasepak dunia ketika ini. Khairul Fahmi mempunyai aura tersendiri dalam mengembangkan nama dan bakat beliau. Mempunyai lebih 500,000 “fans” di facebook membolehkan Khairul Fahmi Che Mat di anggap sebagai pemain bola sepak paling terkenal di Malaysia ketika ini.

JR pun masih menantikan video muzik tersebut dimana beliau diundang sebagai salah seorang model dalam klip video tersebut. Nantikan sahaja di youtube.


promo lagu " SOLO "


semoga berjaya kepada Khairul Fahmi, semoga kekalkan prestasi anda ditahap terbaik sokmo!!

sumber ; kelantanFA.com

2 comments:

  1. bravo... teruskan pencapain cemerlang tu

    ReplyDelete
  2. phewit.. kenapa dia popular sgt r? mgkin sebab dia banyak tolong tepis bola dari masuk gayang Malaysia

    ReplyDelete

Popular Posts