Libya Diserang - Apa Motif Barat ?

sumber google

19 Mac 2011 mencatat satu lagi sejarah peradaban dunia, apabila satu lagi peperangan berlaku dimana serangan Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya iaitu Perancis dan Britain dilancarkan ke atas Libya. Sebanyak 110 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan Barat dari pelbagai arah..terutama dari laut dan udara..

Serangan yang berlaku ini, mengakibatkan seramai 48 orang awam terbunuh dan 100 yang lain cedera dan hilang tempat tinggal. Serangan dilakukan sejurus tamat sidang Perancis di mana Barat sepakat untuk menyerang Libya yang dipimpin oleh kerajaan pro tentera Muammar Gaddafi. 

tomahawk senjata pemusnah berteknologi tinggi

Alasan Amerika Syarikat cukup mudah, iaitu Muammar Gaddafi telah melanggar arahan sekatan ruang udara PBB baru-baru ini dan terus melancarkan serangan ke atas pemberontak. Jika difikirkan jika benar Barat mahu menjatuhkan Gaddafi dan mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban, mengapa mereka melancarkan serangan tersebut kerana apa yang dilihat, hanya orang awam yang terbunuh. Perbuatan ini tidak ada bezanya dengan Gaddafi.

Apa yang lebih menyedihkan terdapat beberapa pemimpin negara Arab yang bersetuju dengan serangan ini, seperti U.A.E yang turut sama dalam kempen membasmi Gaddafi dan pengikutnya di Libya. Apakah sebenarnya agenda Amerika Syarikat dan sekutunya selepas Afghanistan dan Iraq menjadi kambing hitam mereka dalam kempen anti-pengganas mereka.

Alasan mereka ketika menyerang Iraq adalah yang paling tidak boleh diterima iaitu Saddam Hussein menyimpan senjata nuklear, membangunkan nuklear dan sebagainya. Tapi sehingga kini tiada satu pun bukti yang dapat mereka tunjukkan akan kesahihan alasan mereka. Serangan tersebut dilihat lebih bersikap 'peribadi' antara George Bush dan Saddam Hussein yang mana Bush ingin menyambung legasi bapanya dahulu yang tewas ketika perang teluk puluhan tahun dahulu. Seperti mahu mengembalikan aib keluarga.

Afghanistan pula diserang kerana ingin memburu Osama Laden yang dikatakan menjadi dalang disebalik serangan 11 September. Sehingga kini Osama masih tidak diketahui status hidup atau matinya. Serangan 11 September pula dilihat oleh kebanyakan penganalisis lebih pada komplot Amerika Syarikat sendiri untuk menyerang Afghanistan. Sehingga kini, hampir 40% survey dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan ramai yang bersetuju tragedi 11 September adalah rancangan pemimpin Amerika Syarikat sendiri.

 masih hidup atau mati-tidak diketahui

Pada pendapat JR minyak adalah satu faktor serangan ini. Selain dari menghapuskan Muammar Gaddafi yang sememangnya tidak akan bersengkongkol dengan Barat. Jika Muammar Gaddafi digulingkan, pastinya pemerintahan baru akan lebih berkerjasama dengan Barat. 

Persoalannya, apakah serangan ini patut dilakukan ke atas Libya atau tidak. Apakah cukup motif Barat untuk menyerang Libya?..Mungkinkah demonstrasi dan tunjuk sebab di Libya,Mesir dan Kuwait adalah propaganda Barat dan Yahudi untuk memecahbelahkan negara Islam..Benarkah demonstrasi tersebut dianjurkan oleh rakyat yang bukan islam dan berpropaganda dari agenda Barat..

Apa akan berlaku sekiranya Libya mempunyai kekuatan nuklear?..sudah pasti perang nuklear ke dua selepas Jepun di Hiroshima dan Nagasaki akan meletus, kerana Muammar Gaddafi awal-awal lagi melaungkan amaran bahawa rakyat Libya akan berjuang habis-habisan dan mengikut sumber, Gaddafi telah membuka stor senjatanya untuk diberikan kepada rakyat untuk mempertahankan diri. 

Apakah akan jadi jika..serangan ini berlaku kepada negara yang benar-banar mempunyai kekuatan nuklear seperti Korea Utara dan Iran?..kenapa Amerika Syarikat tidak berani menyerang Pyongyang..Ini hanyalah propaganda Barat yang sebenarnya dikuasai oleh kaum Yahudi di Amerika yang mahu menghapuskan Islam dari dunia ini.

Sama-sama kita berdoa akan nasib rakyat Libya..

--->>Libya diserang video dari youtube<<---


2 comments:

  1. betul..betul..

    kalau nk jatuhkn gaddafi, xyah laa buat serangan besar2.. ni yg terbunuh org awam..bukannya gaddafi..

    ReplyDelete
  2. inilah yg dnamakan propaganda.. diorg bukan nk bg gaddafi terbnuh.. tp org awam.. bkn gaddafi pon sekutu puak2 nie ke...? xsure la.. cuma ada terbaca kat mana ntah...

    ReplyDelete

Popular Posts