Gandingan semua finalis Raja Lawak di atas satu pentas untuk mencari Raja kepada semua Raja Lawak iaitu Maharaja Lawak dan lihat siapa yang bakal membuat anda ketawa terbahak-bahak. Mulai April ini, satu rancangan realiti akan di siarkan dimana ia menemukan semua finalis raja lawak untuk berentap di atas satu pentas.
Tentu menarik, Mari lihat lebih lanjut
Maharaja Lawak Temukan Handalan Raja Lawak
KUALA LUMPUR, 25 FEB 2011: Pernahkah anda bayangkan bagaimana keadaanya jika semua pelawak terhebat daripada program realiti Raja Lawak dipertemukan semula dalam satu pentas yang sama? Pasti ianya akan menjadi lebih havoc dan happening bukan?
Apapun,semua ini akan menjadi kenyataan apabila Astro buat julung kalinya mempersembahkan sebuah program realiti baru berjudul Maharaja Lawak yang mana bakal menggabungkan hampir kesemua finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga ke lima mulai 1 April 2011.
Program yang bakal dikendalikan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia, Dato AC Mizal itu merupakan sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat. Apatah lagi, bila ianya menampilkan nama-nama hebat seperti Johan, Zizan, Nabil, Sepah, Jihan, Alex, Kecik dan ramai lagi.
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, program ini bakal menyaksikan kehebatan bekas finalis Raja Lawak untuk berentap sekali lagi di atas pentas untuk dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak.
"Program realiti penacarian bakat lawak ini adalah yang paling tertinggi selepas Raja Lawak kerana yang menyertainya bukan calang-calang pelawak. Malah, ada di antara mereka ini juga pernah menjadi juara dan finalis Raja Lawak sebelum ini.
"Konsep dan formatnya masih sama dengan program Raja Lawak. Cuma bezanya kali ini, para peserta bukan sekadar ditentukan sepenuhnya berdasarkan undian penonton menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tetapi ianya akan diadili dengan pemarkahan daripada pihak juri sebanyak 50 peratus," katanya pada majlis pelancaran Maharaja Lawak.
Begitupun, kata Nizam lagi, sedikit kebebasan turut diberikan kepada peserta kali ini, untuk mereka menyertainya secara individu atau berkumpulan.
"Kali ini mereka boleh menyertainya secara individu atau berkumpulan asalkan peserta berkumpulan tidak melebihi daripada 3 orang anggota. Selain itu, mereka juga diberi kebebasan untuk bergerak dan tidak lagi ditempatkan di mana-mana lokasi khas selain diberi masa selama seminggu lebih awal untuk membuat persediaan sendiri," katanya.
Sementara itu, Johan dan Zizan yang bakal berentap sebagai satu kumpulan yang diberi nama Jozan mengakui mereka lebih senang untuk bergerak berdua daripada berseorangan dalam Maharaja Lawak.
"Bukan kami tidak yakin untuk berdiri di atas nama masing-masing tetapi sejak kami bergabung dengan nama Jozan, saya rasakan kami telah mampu untuk melengkapi antara satu sama lain.
"Buktinya wujud keserasian antara kami bila kami mengendalikan program Raja Lawak dan kami mendapat respon yang sangat baik daripada penonton. Lagipun dengan cara in, kami akan dapat memperkuatkan lagi jenama Jozan selepas ini," kata Johan.
Antara peserta lain yang bakal berentap ialah Nabil, Jihan, Amir, Alex, kumpulan Sepah, Kecik & Idlan, XN3, Yus & Tauke.
Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000.
Tiga juri tetap dipertanggungjawabkan menilai persembahan para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan bakal diumumkan pada minggu pertama Maharaja Lawak.
Maharaja Lawak bakal bersiaran di saluran Astro Warna dalam Pakej Mustika pada 1 April 2011 setiap Jumaat, pukul 10 malam
sudah pastila gandingan yang sedang meletup ketika ini iaitu Jozan. Tengok dorang mengacarakan raja lawak pun kadang-kadang lebih lawak lagi dari peserta. jangan lupa mengundi dan buat pilihan dengan bijak. Kita tidak mahu another ' amir ' dilahirkan..kan tak lawak. Nasin baik musim baru ni, Leman dah pun terkeluar, kalau tidak bertambah hairan lah aku, kenapa dia tak keluar lagi.

johan or zizan lagi lawak ek ??
ReplyDeletexleh nk beza..dua2 saling memerlukan,,gandingan dorang mmg mantop!
ReplyDeletecm best je bnda nih.haha
ReplyDeletemsti lawak gle.
konpom ar...mesti kelakor xingat haha
ReplyDeletejozan.. rasa diaorang yg menang kut
ReplyDelete