Fanatik Bola ? Perlukah Provokasi Melampau Dalam Bola Sepak


Provokasi - perlukah benda ni dalam bolasepak Malaysia ?..Jika kita lihat pada gambar di atas kejadian ini terjadi sewaktu AFF Suzuki Cup 2010 yang lalu, sewaktu perlawanan timbal balik, Malaysia vs Indonesia pada pentas final. Persoalannya, apakah perasaan peminat bolasepak Malaysia pada ketika itu?..Tentu marah, geram, bengang dan sebagainya.

Dan pada ketika itu juga dapat dilihat kesepakatan dan perpaduan antara peminat, penyokong bola sepak tempatan menentang segala anasir provokasi penyokong pasukan Indonesia yang timbul di semua laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Semuanya bersatu ketika itu apabila maruah bola sepak negara dipersoalkan.

Namun satu soalan yang timbul ketika ini, kemanakah perginya kesepakatan dan kerjasama antara penyokong bola sepak Malaysia pada hari ini ?..Mengapakah masih ada provokasi melampau sehingga sanggup menghina dan mencaci orang lain, malahan sehingga menghina institusi beraja. Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi. 

Sebagai seorang peminat dan penyokong bola sepak Malaysia, kita seharusnya menyokong dengan sepenuh hati dan penuh semangat kesukanan. Ini baru dinamakan Fanatik Bola Sepak. Bukan dengan melakukan perkara-perkara bodoh seperti melempar mercun,roket mahupun bom ke dalam padang. Ataupun memijak bendera pasukan lawan, banner dan sebagainya, Jika ini yang kita panggil Fanatik, kita sebenarnya layak digelar penyokong tidak bertamadun. Lebih malang lagi jika sampai menghina orang lain apatah lagi institusi beraja.

Bukan mahu mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar mahu mengingatkan. Jika kita lakukan perkara sedemikian, apakah bezanya kita dengan pelaku dalam gambar di atas ?? ...Jika kita rasa apa yang kita lakukan itu demi cinta kepada bola sepak negara, maka tidak ada salahlah pelaku-pelaku dalam gambar tersebut memprovokasi sedemikian rupa kerana mereka juga pastinya melakukannya demi cinta kepada bola sepak negara mereka. Jadi kita sama jer dengan Indonesia.


Kalah dan menang adalah adat bertanding, pasti akan ada berlaku rasa tidak puas hati dikalangan peminat atas keputusan sesuatu perlawanan. Cuma jangan lah jadikan diri kita sama seperti pelaku diatas. Jika pemain itu profesional, peminatnya juga seharusnya profesional. Penyokong yang fanatik adalah penyokong yang menyokong secara bijak. Fikirkanlah...teruskan menyokong pasukan negeri masing-masing dalam saingan Liga Super 2011 ini..


p/s : pesanan admin kpd "sulaiman ali sulaiman" - anda sudah memalukan kami penyokong Perak FA..tapi admin tak pasti betulkah dia ni orang Perak...hm...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts