Isu Loji Nadir Bumi Lynas Di Pahang - Rasional Bantahan Penduduk Pahang


Penduduk tempatan yang bergabung tenaga untuk cuba menghalang syarikat perlombongan, Lynas, daripada membina loji nadir bumi (rare earth) di Gebeng.

NONE'Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia' ditubuhkan hanya beberapa minggu lepas - dalam bulan Mac - di tengah-tengah rasa takut menular terhadap keracunan radiasi dari operasi loji tersebut, yang didakwa penentangnya, bakal menjadi kenyataan.

Syarikat itu telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan menjangka projek itu akan disiapkan pada bulan September.

Syarikat itu telah memberi jaminan bahawa operasi loji tersebut akan mengeluarkan 'pendedahan radiasi sifar', dan memisahkan syarikat itu daripada kontroversi Asia Rare Asia yang ditutup di Bukit Merah, Perak, pada 1992.

Pada laman Facebooknya, Lynas menegaskan yang bahan mentah yang akan diproses di Lamp - yang dibawa dari kawasan perlombongan Mount Weld di Australia Barat - 'mempunyai paras rendah semula jadi torium yang 50 kali lebih rendah daripada amang timah yang diguna oleh Asia Rare Earth'.

Ramai penduduk tempatan tidak yakin dengan jaminan Lynas itu, dan setengah daripadanya menolak terus projek tersebut.
Pekerja pelabuhan Kuantan, Saufi Harun, 43, yang tinggal di taman perumahan Balok Makmur, hanya 3km dari tapak Lamp, berkata syarikat tersebut membawa bahan mentahnya dari Australia hanya untuk diproses di situ.

“Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut... Ada yang tak kena...," tambahnya.

Saufi, bapa kepada enam orang anak, mendakwa terdapat tidak kurang 10,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 5km dari loji Lynas.

“Bila anda sebut 'radioaktif', penduduk jadi takut. Kami bimbang (keselamatan) generasi akan datang,” katanya.
Saufi berkata dia dia telah menghadiri satu ceramah di mana penduduk Bukit Merah bercerita mengenai penderitaan penduduk yang masih lagi mengalami keracunan radioaktif dari kilang Asian Rare Asia.

Abdul Majid Ishak, seorang kakitangan TNB, dari Makmur Perdana dekat situ, percaya kehadiran loji tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada penduduk Kuantan dan kawasan sekitarnya.Dia mendakwa sejak tersebarnya berita yang syarikat tersebut akan meneruskan juga pembinaan lojinya di situ, jualan rumah di sekitar kawasan dekat tempat tinggalnya telah menjunam.

Sumber : malaysiakini.com

carian : lynas corporation, syarikat radioaktif australia, bantah loji dipahang, facebook bantah loji lynas, loji sisa radioaktif, ahli politik australia kutuk /bantah pembuangan sisa radioaktif, rare earth plant lynas Pahang, loji lynas nadir bumi lahirkan bayi cacat, kesan loji lynas,



"Rare Aerth Plant di Pahang"
Dulu Terengganu juga tolak loji Lynas - LAMAN KL-TODAY.COM\

Dedahkan segala maklumat loji Lynas, kata bekas pakar geologi

No comments:

Post a Comment

Popular Posts