Tiada Lagi Lee Chong Wei - Dilema Datuk Misbun Sidek


LUPAKAN CHONG WEI!

Itulah nasihat Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi kepada Datuk Misbun Sidek yang berharap jurulatih itu menerima kontrak baru ditawarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membimbing skuad pelapis.
“Saya harap dia (Misbun) tidak perlu pening kepala memikirkan tawaran BAM itu, sebaliknya menyahut cabaran yang diberikan itu kerana saya yakin dia mampu melahirkan lebih ramai klon Chong Wei.

“Saya sifatkan Misbun seperti pepatah ‘benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau dan dibuang ke darat menjadi bukit.’ Saya yakin sentuhan emasnya akan melahirkan lebih ramai Chong Wei,” katanya semalam.

Kok Chi berkata, dia yakin peluangnya untuk membimbing anaknya, Misbun Ramdan, 20, cerah sekiranya dia menerima tawaran itu dengan BAM dijangka berkompromi meletakkan pemain pelapis itu di bawah bimbingannya.

“Saya yakin ini akan membantu meningkat prestasi anaknya dengan pantas kerana mendapat sentuhan dan di bawah jagaannya,” katanya.
Misbun yang meletak jawatan secara mengejut 31 Disember lalu menarik balik peletakan jawatannya tetapi BAM memutuskan jurulatih itu tidak lagi membimbing anak emasnya, Chong Wei.

Sebaliknya, BAM memberi peranan baru membimbing skuad pelapis dan badan induk itu memberi peluang kepadanya untuk meneliti kontrak baru yang ditawarkan itu sebelum menyatakan keputusannya sehingga sebelum 28 APRIL ini.

sumber ; bharian

Jika sebelum ini desas desus menyatakan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan kerana B.A.M tidak meletakkan anaknya dibawah program kejurulatihannya. Kini, peluang untuk beliau berbuat demikian terbuka luas. Namun dilema menghantui beliau kerana anak buah kesayangannya iaitu Dato Lee Chong Wei bakal kehilangan khidmat beliau setelah B.A.M memutuskan untuk Datuk Misbun Sidek fokus kepada soal pembangunan badminton dikalangan pelapis.
Sehingga kini, Datuk Misbun masih belum jua menjawab kontrak yang dikemukan oleh B.A.M itu. Apakah jika setelah tiada lagi gandingan Lee Chong Wei dan Datuk Misbun, arena badminton negara akan suram?..Tanpa Datuk Misbun sekalipun, JR lihat Lee Chong Wei masih mampu meraih kejayaan di peringkat antarabangsa. Mungkin sudah sampai masanya beliau melupakan Lee Chong Wei, dan membantu dalam pembangunan para pelapis negara.

Mungkin Datuk Misbun bakal melahirkan lebih ramai lagi ' Lee Chong Wei ' dimasa hadapan. Diharap begitulah.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts