Prebiu Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011 | Kelayakan Piala Dunia 2014

Preview Perlawanan Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011 | Kelayakan Piala Dunia 2014

Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Taiwan sememangnya banyak mencipta sejarah jika diimbau ketika zaman era kegemilangan Malaysia. Namun kini skuad Taiwan merupakan skuad baru yang boleh mencipta kejutan ke atas skuad negara. Jika dilihat dari prestasi semasa, skuad negara mempunyai kelebihan ditambah pula beraksi di laman sendiri malam ini.

Mengikut statistik pertemuan Malaysia vs Taiwan sejak 2000 dalam aksi kejohanan Asia, kedua-dua pasukan pernah bertemu dua kali dan masing-masing menang sekali. Manakala dala siri 5 perlawanan terdahulu ( last 5 match )  sebelum pertemuan malam ini, Malaysia mempunyai kelebihan dengan rekod tanpa kalah termasuk yang terbaru perlawanan persahabatan menentang Myanmar yang berkesudahan Malaysia menang 2-0 di Kota Bahru.

Manakala Taiwan, agak terumbang ambing dan pernah tewas dalam 5 siri perlawanan mereka yang terdahulu. Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi timbal balik dimana perlawanan pertama malam ini dan kedua pada 3 julai di Taiwan. Pemenang akan layak ke pusingan kedua bertemu Singapore yang sudah pun mendapat bye layak ke pusingan kedua berdasarkan ranking terkini Fifa

Berikut adalah perlawanan pusingan pertama dan pasukan yang bakal ditemui dipusingan kedua. Kita sudah tahu kekuatan Singapore, jadi ini adalah peluang untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat ketiga jika lepas halangan taiwan dan singapore di pusingan kedua.

Round 1
Malaysia-Chinese Taipei
Bangladesh-Pakistan
Cambodia-Laos
Sri Lanka-Philippines
Afghanistan-Palestine
Vietnam-Macau
Nepal-Timor-Leste
Mongolia-Myanmar

Round 2
Thailand-Afghanistan or Palestine
Lebanon-Bangladesh or Pakistan
China PR-Cambodia or Laos
Turkmenistan-Indonesia
Kuwait-Sri Lanka or Philippines
Oman-Mongolia or Myanmar
Saudi Arabia-Hong Kong
Iran-Maldives
Syria-Tajikistan
Qatar-Vietnam or Macau
Iraq-Yemen
Singapore-Malaysia or Chinese Taipei
Uzbekistan-Kyrgyzstan
United Arab Emirates-India
Jordan-Nepal or Timor-Leste

Mengikut senarai terkini pemain Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011 ini, jelas Malaysia mempunyai kelebihan dan kekuatan yang seimbang untuk melakar satu sejarah seperti skuad olimpik negara baru-baru ini. Dengan kehadiran semula penyerang Kelab Pelita Jaya, Safee Sali yang diberitakan cergas sepenuhnya dan kecederaan Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahya yang semakin pulih, jelas mengembirakan kem negara. Serta kehadiran semula Ahmad Fakri Shaarani yang tercedera sejak beberapa bulan lalu.

Penjaga gol utama Malaysia pastinya akan menjadi milik Khairul Fahmi Che Mat, manakala di barisan pertahanan, K.Rajagopal mempunyai banyak pilihan sama ada mahu mengekalkan barisan sama sewaktu menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu iaitu Muslim Ahmad,Fadhli Sas,Mahali Jazuli dan Asrarudin Putra atau boleh mencuba kombinasi dengan kehadiran semula Aidil Zaquan serta pemain baru yang dipilih seperti Helmi Ramely.

Diposisi tengah kelincahan Syafiq Rahim, Kunalan,Gurusamy dan Amirul Hadi amat ditagih dalam perlawanan ini. Selain itu, beliau memiliki beberapa senarai pemain tengah lain seperti Badrol Bakhtiar, S.Chanturu, Amar Rohidan dan Shakir Shaari.

Sementara skuad Taiwan / Chinese Taipei sudah pastinya mengharapkan kepada pemain mereka yang beraksi bersama beberapa kelab luar terutamanya di Hong Kong untuk membantu mencipta kejutan malam ini. 

Jadi jangan lupa saksikan malam ini perlawanan kelayakan piala dunia 2014 Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011 siaran langsung di astro arena 801 bermula jam 8.30 malam. dan juga...info terkini bahawa ADA siaran langsung rtm tv1 Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011, malam ini..

Keputusan Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011 akan diupdate disini dari masa ke semasa,..Bagi yang tidak dapat menonton perlawanan ini, link live streaming Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011 akan disediakan disini..


sumber : portalsukan.com

carian :  prebiu / preview malaysia vs taiwan, malaysia vs taiwan 2011, malaysia vs taiwan 29 jun 2011, senarai akhir pemain malaysia vs taiwan 29/6/2011, malaysia vs taiwan di rtm/tv1, siaran langsung malaysia vs taiwan rtm tv1 29 jun 2011, live streaming malaysia vs taiwan 29 jun 2011, keputusan semasa dan terkini malaysia vs taiwan 29 jun 2011, malaysia vs taiwan 3 julai 2011, malaysia vs chinese taipei result 29 jun 2011, video youtube gol malaysia vs taiwan 29 jun 2011, malaysia vs singapore / singapura 2011

3 comments:

  1. ala singapore tu harap pada pemain import je..memang ade can nak masuk pusingan ketiga klu menang lwn taiwan ni..singapore insyaalah Malaysia BOLEH!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. @Anonymous TAU XPE..kita dah tahu singapore mcm mana...ni peluang..klu tgk team lain round 2 banyak team kuat menanti..

    ReplyDelete
  3. Gua harap Malaysia ade can nak menang.Gua harap zaman kegemilangan Malaysia kembali.Yeah!

    PUSINGAN KEBODOHAN DALAM PENDIDIKAN

    ReplyDelete

Popular Posts