Ulasan | Review X-Men : First Class 2011 - Filem X-Men Terbaik

Sinopsis x-men first class 2011


Sinopsis Filem X-Men First Class 2011 :

Filem X-Men: First Class ini menceritakan asal-usul bagaimana kumpulan X-Men terbentuk, persahabatan Professor X (Charles Xavier) dan Magneto (Erik Lehnsherr) dan bagaimana Magneto berubah menjadi jahat. Filem ini mengambil latar belakang tahun 1960-an di mana Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union sedang berlaku. 

Seorang saintis berbangsa German, Sebastian Shaw menubuhkan satu pertubuhan yang terdiri dari golongan mutant bernama Hellfire Club yang bertujuan mencetuskan Perang Nuklear dan menghapuskan golongan manusia biasa serta mencipta mutant baru.

Charles Xavier yang ketika itu masih muda bertindak untuk menghalang niat jahat Shaw ini. Sementara Erik Lehnsherr pula bercita-cita untuk membalas dendam di atas kematian ibunya yang disebabkan oleh Shaw di zaman kanak-kanaknya. Jadi Charles, Erik bersama beberapa mutant lain berganding bahu untuk mencegah kejahatan Shaw ini.

selepas menonton filem ini, anda akan tahu

1. mengapa dan bagaimana Profeser Xavier boleh memakai wilcha / kerusi roda..

2. dari mana datangnya topi Magneto dan apa kaitan beliau dengan Prof Xavier dan Mystique serta bagaimana mereka boleh menjadi musuh.

3. Bagaimana Hank McCoy boleh menjadi The Beast

4. watak-watak mutant yang tak pernah keluar dalam filem-filem x-men terdahulu ( dengan kuasa yang dasyat-dasyat )

5. Teknik CGI dan jalan cerita yang menarik setanding rasanya dengan filem X-Men Origin : Wolverine dan X-Men Last Stand...
 

rating JR8.5 /10

Sebab apa dikatakan terbaik ?..sebab dari filem ini kita akan tahu asal usul kumpulan X-Men ini..Bagaimana dan mengapa ia ditubuhkan..Kira macam sejarah X-Men lah..Mungkin watak-watak baru seperti dalam filem terdahulu kurang ditonjolkan tapi banyak mutant baru yang belum pernah keluar dalam filem terdahulu, diperkenalkan dalam X-Men First Class ini.









No comments:

Post a Comment

Popular Posts