Ariff Latif Juarai Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah 2011

Ariff Latif Juarai Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah 2011
 
 
Mohd. Arif Ab Latif muncul juara Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah setelah menewaskan Chan Kwong Beng di Dewan Badminton Persatuan Badminton Kedah (KBA), Alor Setar semalam. Kemenangan Mohd. Arif merupakan kejayaan kedua selepas meraih kejuaraan sama pada Terbuka Kuala Lumpur selepas menewaskan wakil BAM-Perak, Kwong Beng yang juga juara Terbuka Kedah tahun lalu.

Pemain berusia 22 tahun yang mewakili BAM-Negeri Sembilan itu menerima tentangan sengit daripada Kwong Beng, 23, sebelum meraih kemenangan 21-15, 11-21, 25-23 pada permainan selama sejam. Pada set ketiga, Kwong Beng menekan Mohd. Arif dengan saling mengejar mata bermula pada mata 17 dalam saingan yang cukup mendebarkan. Bagaimanapun, kemenangan akhirnya berpihak kepada Mohd. Arif dengan kedudukan 25-23.

Selepas Datuk Lee Chong Wei menarik diri kelmarin di peringkat separuh akhir, memang sudah diduga akan kemenangan Mohd Arif berdasarkan prestasi semasa beliau ketika ini. Selepas Datuk Lee Chong Wei bersara selepas Sukan Olimpik London tahun hadapan, isu siapa pengganti Datuk Lee Chong Wei sebagai perseorangan utama negara mungkin sudah terjawab. Namun, banyak lagi yang perlu dibuktikan oleh Ariff Latif untuk menyandang beban yang digalas Datuk Lee Chong Wei, walaupun beliau berjaya menewaskan bekas juara All England Muhammad Hafiz Hashim di kejohanan yang sama baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts