Berita Terkini Bersih 2.0 | Penganjur Bersih 2.0 S.Ambiga Bakal Disaman
Perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 yang dianjurkan oleh S.Ambiga dan parti pembangkang dilihat tidak memberi sebarang kesan sama ada dalam bentuk tuntutan yang dituntut atau kebaikan kepada rakyat. Malah apa yang mengecewakan, perhimpunan haram ini hanya membebankan para peniaga di sekitar lokasi berlangsungnya perhimpunan haram Bersih 2.0 ini.
Kira-kira hampir 5,000 peniaga di sekitar ibu negara akan mengemukakan saman terhadap penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ekoran kerugian yang mereka alami yang dikatakan hampir mencecah RM100 juta.
Presiden Ikhlas ( Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia ) Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, saman itu terpaksa dibuat kerana perhimpunan haram yang berlangsung pada 9 Julai 2011 itu hanya menyebabkan peniaga terlibat kerugian besar kerana tidak dapat berniaga. Satu surat peringatan berhubung saman tersebut akan dihantar kepada S.Ambiga pada minggu depan.
carian : perhimpunan bersih 2.0, penganjur perhimpunan haram bersih 2.0, siapa s.ambiga dan bersih, isu terkini bersih 2.o, tuntutan bersih 2.0,senarai tuntutan bersih 2.0,
dua tuntutan yg terakhir tu.... law ambiga pegang negara ni bajek cam dye boleh bwt kan?
ReplyDeletepe2 pon, semoga Malaysia aman sentiasa.. ^^