Format Baru Liga Super 2012 Diumumkan 12 Julai 2011

Format Baru Liga Super 2012 / Liga Malaysia Diumumkan 12 Julai 2011


Format baru Liga Malaysia 2012 merangkumi liga super dan liga perdana 2012 akan diumumkan selasa ini iaitu pada 12 Julai 2011. Nasib juara Liga Premier musim ini, PKNS FC dan naib juaranya, Sarawak hanya akan diketahui selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Begitu juga dengan Pahang serta Perlis. Isu dan persoalan pasukan mana yang akan dinaikkan ke Liga Super  2012 dan pasukan mana yang kan diturunkan ke Liga Perdana hanya akan diketahui esok.
 
PKNS FC dan Sarawak sepatutnya layak untuk beraksi pada Liga Super 2012 berdasarkan kejayaan mereka menduduki dua slot teratas Liga Premier musim ini. Namun kebimbangan dirasai kedua-dua pasukan itu berikutan cadangan ‘tiba-tiba’ Jawatankuasa Malaysia Super League (MSL) pada bulan lalu untuk mengurangkan jumlah pasukan dalam Liga Super 2012 daripada 14 kepada 12 pasukan. Timbul pelbagai spekulasi termasuk kedua-dua pasukan itu tidak akan layak secara automatik ke Liga Super 2012 dan perlu mengharungi aksi playoff.

Andai pengurangan kepada 12 pasukan itu tetap mahu dibuat, adalah lebih wajar ia hanya dilaksanakan pada Liga Super 2013 dan pengumumannya pula perlulah dibuat sebelum saingan Liga Malaysia 2012 bermula. 





carian : liga super 2012, format liga super 2012, format baru liga malaysia, format terkini liga super malaysia 2012, pemain import liga super 2012


No comments:

Post a Comment

Popular Posts