VIDEO GOL KELANTAN VS MP MUAR | FINAL PIALA PRESIDEN 26 JULAI 2011

VIDEO GOL KELANTAN VS MP MUAR | FINAL PIALA PRESIDEN 26 JULAI 2011 | HIGHLIGHTS | KELANTAN JUARA PIALA PRESIDEN 2011


Perlawanan akhir Piala Presiden antara Kelantan vs MP Muar baru sahaja tamat sebentar tadi dengan Kelantan muncul juara Piala Presiden 2011 setelah menewaskan wakil Johor, MP Muar dalam tambahan masa 2-1 setelah keputusan seri 1-1 sehingga tamat 90 minit permainan. Kelantan mndahului pada minit ke 8 menerusi Haris Zaidi melalui satu sepakan sudut, yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol MP Muar. Keadaan padang yang basah akibat hujan menggangu sedikit rentak permainan.

MP Muar memperkemaskan jentera serangan selepas ketinggalan di awal permainan. Menerusi satu serangan pantas MP Muar berjaya merapatkan kedudukan melalui jaringan Mohd Nor Hakim Hassan pada min ke 22 apabila bola sepakannya gagal ditampan oleh penjaga gol Kelantan Mohd Syazwan yang terkeliru akibat lantunan bola dalam keadaan padang yang basah.  

Perlawanan berlarutan ke masa tambahan setelah keputusan kekal 1-1. Namun Kelantan berjaya menjaringkan gol kedua yang dicari menerusi Khairul Izuan yang bijak mengelecek bola melepasi dua pertahanan MP Muar sebelum melepaskan rembatan cantik menerjah jaring untuk memberi Kelantan kelebihan 2-1. MP Muar bertambah tertekan apabila seoarang pemainnya diperintah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua setelah menyiku pemain lawan. Keputusan penuh kekal 2-1 sehingga tamat masa tambahan membolehkan Kelantan dinobatkan Juara Piala Presiden 2011.


VIDEO YOUTUBE FULL HIGHLIGHTS | GOL KELANTAN LAWAN MP MUAR 26 JULAI 2011



 credit to sokernet.com









tags : video kelantan vs mp muar, final piala presiden 2011 video, video youtube final piala presiden 2011, video kelantan lawan mp muar 2011, video kelantan vs mp muar 26 julai 2011, video full highlights final piala presiden 2011, video kelantan lawan mp muar final piala presiden 26 julai 2011, kelantan juara piala presiden 2011,



No comments:

Post a Comment

Popular Posts