CHELSEA BELI JUAN MATA

 JUAN MATA SAH MILIK CHELSEA| VILLAS-BOAS MAHU LUKA MODRIC DAN RAUL MEIRELES


Chelsea awal pagi tadi telah bersetuju untuk membeli Juan Mata dari kelab Sepanyol, Valencia dengan harga £26 juta (RM127.5 juta). Larian pantas pemain sayap Sepanyol itu ditagih pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas bagi menambah kreativiti di bahagian tengah pasukannya. Mata, 23, bakal terbang ke London hari ini untuk menjalani ujian perubatan sebelum melengkapkan perpindahan tersebut.

Sebelum ini, andre Villas-Boas dikecam oleh peminat kerana masih mahu menggunakan tenaga lama, dan hanya beberapa pemain baru sahaja dibawa masuk. Kini Chelsea masih lagi berusaha untuk mendapatkan bintang tengah Crotia, Luka Modric setelah dua bidaan 22m dan 27m ditolak oleh Totenham Hotspurs.

Roman Abramovich menaikkan bidaan ke 30m untuk memastikan pemain itu ke Stamford Bridge. Modric yang diketepikan untuk aksi menentang Man United awal pagi ini disebabkan kecederaan masih diperlukan oleh Harry Rednapp.

Sementara seorang lagi penyerang Chelsea, Daniel Sturridge dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool setelah Villas-Boas berminat untuk menukarnya dengan Raul Meireles,namun ianya masih dalam perancangan.










TAGS: JUAN MATA KE CHELSEA, CHELSEA BELI JUAN MATA,JUAN MATA MILIK CHELSEA, RAUL MEIRELES KE CHELSEA, STURRIDGE KE LIVERPOOL,LUKA MODRIC KE CHELSEA, PEMBELIAN JUAN MATA DARI VALENCIA, PEMAIN BARU CHELSEA,

No comments:

Post a Comment

Popular Posts