KEPUTUSAN MALAYSIA VS REPUBLIK CZECH SUKAN UNIVERSITI DUNIA 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS REP. CZECH | SUKAN UNIVERSITI DUNIA 2011


PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE 11 & 12 | SUKAN UNIVERSITI DUNIA 2011

MALAYSIA vs REP. CZECH
0 : 5

Malaysia menamatkan kempen bola sepak dalam temasya sukan universiti dunia di shenzhen dengan menduduki tempat ke 12 keseluruhan, pencapaian yang sama dengan edisi yang lalu. Malaysia tewas dengan aksi mantap yang ditunjukkan oleh Rep. Czech. Skuad bimbingan Aminuddin Hussin itu tidak terdaya untuk memperbaiki ranking pada edisi lepas di Bangkok, Thailand, seperti disasarkan sebelum ini selepas kalah kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Pada perlawanan di Stadium Pusat Sukan Bao'an Xixiang Shenzhen di sini, Malaysia gagal menandingi kepantasan dan pergerakan pemain Republik Czech. Malaysia ketinggalan 0-2 pada babak pertama menerusi jaringan Michal Rendla pada minit ke-20 dan Jiri Schubert pada minit ke-42. Pemain gantian Zdenek Volek menjadi wira pasukan Republik Czech pada babak kedua apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-48 dan pada masa kecederaan. Satu lagi jaringan dilakukan oleh Michal Blazej pada minit ke-82.

Namun, kedudukan ke 12 ini sudah pun menjamin Malaysia untuk beraksi di edisi seterusnya di Sukan Universiade Kazan,Rusia 2013 dan paling mengembirakan Malaysia layak ke Piala Dunia Universiti 2012 di Abu Dhabi tahun hadapan.





TAGS: MALAYSIA DI PIALA DUNIA UNIVERSITI ABU DHABI 2012,PIALA DUNIA UNIVERSITI 2012 ABU DHABI, MALAYSIA LAYAK KE PIALA DUNIA UNIVERSITI 2012, SUKAN UNIVERSITI DUNIA 2012 KAZAN RUSSIA, SKUAD BOLA SEPAK UNIVERSITI LAYAK KE PIALA DUNIA UNIVERSITI 2012 DI ABU DHABI, MALAYSIA KE PIALA DUNIA UNIVERSITI 2012 DI ABU DHABI, MALAYSIA VS REP. CZECH SUKAN UNIVERSIADE 2011, KEPUTUSAN BOLA SEPAK UNIVERSIADE 2011

No comments:

Post a Comment

Popular Posts