SENARAI PENUH 22 PEMAIN MALAYSIA PIALA AFF SUZUKI 2012

SENARAI LENGKAP 22 PEMAIN SKUAD NEGARA UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2012 DIKELUARKAN 



Jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal hari ini telah mengeluarkan senarai akhir 22 pemain skuad kebangsaan bagi menggalas cabaran mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010. 

Menjelang aksi pembukaan Ahad ini menentang Singapura, skuad negara telah melalui beberapa siri perlawanan persahabatan yang keputusannya amat menghambarkan. 

Disebalik keputusan itu, Rajagobal masih memberi alasan yang pelbagai bag mempertahankan skuadnya termasuk yang terbaru diikat Bangladesh 1-1 biarpun lawan beraksi dengan 10 orang pemain. 

Negetifnya perlawanan itu kerana skuad negara terpaksa melupakan khidmat Zaquan Adha di bahagian sayap yang mengalami kecederaan dan terpaksa memanggil semula Azamudin Akil. 

Tiga orang pemain digugurkan iaitu Zaquan Adha, Irwan Fadhli Idrus dan Izham Tarmizi. 

Berikut merupakan senarai penuh 22 pemain Malaysia di Piala AFF Suzuki 2012.

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias   

Pertahanan: Zubir Azmi, Azmi Muslim, Bunyamin Umar, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Faizal Muhammad, Aidil Zafuan.

Pemain tengah: Baddrol Bakhtiar, Wan Zack Haikal, Azamuddin Akil, S.Kunalan, Safiq Rahim, Sahkir Shaari, Gary Robbat, Amar Rohidan 

Penyerang: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen, Fakri Saarani, Ahmad Hazwan

**Siaran langsung Piala AFF Suzuki 2012 akan disiarkan di RTM dan Astro 813 ESPN Starsport. Link live streaming dan keputusan terkini dan penuh Piala AFF Suzuki 2012 akan dibawakan dari masa ke semasa nanti.

-sumber : portalsukan.com




























 .
tags: PIALA AFF SUZUKI CUP 2012, MALAYSIA VS SINGAPURA 25 NOVEMBER 2012, SENARAI PENUH PEMAIN MALAYSIA DI PIALA SUZUKI AFF 2012, SENARI 22 PEMAIN HARIMAU MALAYA PIALA AFF SUZUKI 2012, AFF SUZUKI CUP 2012,LIVE STREAMING RTM1 RTM2 AFF SUZUKI CUP 2012, LIVE STREAMING AFF SUZUKI CUP 2012,



No comments:

Post a Comment

Popular Posts