Benarkah Minyak Petronas Cepat Habis ?

Minyak Petronas Cepat Habis ? | Kenaikan harga minyak ron 97 | Harga Terkini Ron 95

Betulkah minyak petronas ni cepat habis jika dibandingkan dengan minyak dari company lain ?,,Banyak juga kawan-kawan dan perbincangan di forum yang kata macam ni. Mengikut pengalaman  sendiri, kadang-kadang terasa cepat sangat habis berbanding minyak lain..


Bila isi Rm 50.00 bawa dalam 100km/h dalam jarak perjalanan tak sampai 100km dah tinggal sikit. Kalu nak dibandingkan dengan minyak shell, rasa macam ada perubahan sikit selepas digunakan. Bukanlah tujuan JR nak kondemkan barangan Malaysia, tetapi ini hanyalah pendapat sendiri, Mungkin pendapat masing-masing berbeza.

Selepas beberapa ketika, beralih kepada minyak ini.

cangkerang

ini pun ok juga, sebab walaupun minyak ni tak popular, tapi  rasanya jimat juga la yang bawah ni



Mungkin pendapat anda berbeza, kalau sesiapa yang pernah terasa macam tu, pandai-pandailah nak buat apa. Bukan tujuan nak menjatuhkan petronas or buatan Malaysia, tetapi ini pendapat sendiri.
Bagaimana pula pendapat anda ?

11 comments:

  1. pendapat aku, minyak petronas 95 extra jimat lagi... aku balik dari s.alam ke kedah, aku isi RM50 naik keta viva... sampai ja umah, minyak aku ada 2 bar lagi... jimat kot... haaa...

    ReplyDelete
  2. Dulu sy pengguna setia minyak Ron97, jarang sangat isi minyak Ron95.. sebabnya minyak 95 lg cepat habis drpd 97, walaupun minyak lebih mahal dr 95 ianya tahan lebih lama dan buatkan pemanduan jd 'smooth' je.. Sy tak mggunakan minyak petronas, bkn juga caltex, dan shell.. Guna minyak Mobil dan sy sgt puas hati.. Tapi bila hrga naik skrg, hmm terpaksalah pertimbangkan unrtuk guna Ron97..

    ReplyDelete
  3. @sayanakhiburan ye ke..adakah sebab kereta viva tu..cc kecik..minyak xpkai bnyk kot..hehe..

    ReplyDelete
  4. @Srikandi Cinta sya xpasti pemanduan smooth tu mcm mana..sebab ron 95 pun sama ja..mgkin sbb sy xpndi bezakan kot hehe..oh..nk kena try mobil la lepas ni..

    ReplyDelete
  5. terasa juga mcm tu..xsangka ade org lain pun rase yg sama..

    ReplyDelete
  6. sbenarnya..ron 95 tu yang cepat habis..pakaila minyak apa2 pun..low quality..

    ReplyDelete
  7. cuba la try pakai minyak esso,memang agak berkualiti dan boleh pergi jauh perjalanan,cuma mungkin servis dan marketing diorang kurang dari Petronas,Shell.

    Minyak petronas memang agak cepat habis sebab kandungan wap airnya lebih tinggi berbanding minyak Shell,Esso,dll.Sekadar pandangan dan pengalaman.:)

    ReplyDelete
  8. Tak taula nak bezakan yang mana jimat yang mana tak, dah banyak jenis minyak yang aku pakai,semuanya jenis ron 95,belum pernah tukar ron 97..mungkin betul apa yang orang kata,ron97 mahal tapi jimat banyak

    ReplyDelete
  9. memandangkan aku jarang bawak kenderaan sendiri, jadi aku pun kurang pasti.. tapi bila fikir2 balik.. macam betul pun ada..

    ReplyDelete
  10. ni pgalaman sy sdiri. sy naik motor honda wave100 ulang-alik p kerja dari kuala pilah-felda lui selatan setiap hari. setiap hari sy isi ron95 petronas rm4. mmg ngam2 rm4 utk p balik kerja. pd suatu hari sy p isi myk kat shell rm4 jgk, ron95 gak. sy terkejut sbb meter minyak masih blom empty wlaupun dah pergi dan balik keja.. so sy rsa minyak shell lebih jimat berbanding petronas... skrg sy hnya isi shell.... cuba anda buat ujikaji antara petronas dgn shell mna lebih jimat.. sekian...

    ReplyDelete

Popular Posts