ISTERI KAPTEN BOLA SEPAK SINGAPURA HINA PEMAIN MALAYSIA 'MONYET' | SAFEE SALI GESA HIDAYAH17 ISTERI KETUA PASUKAN SINGAPURA MOHON MAAF
Isteri kapten Singapura atau ketua pasukan singapura Shahril Ishak iaitu Hidayah hina Safee Sali dan Amirul Hadi dalam twitternya Hidayah 17 baru-baru ini. Beliau menggelarkan Safee Sali dan Amirul Hadi sebagai monyet melalui aksi bycycle kick yang dilakukan pemain itu secara serentak dalam perlawanan kelayakan piala dunia menentang Singapura tempoh hari.
Apakah kemenangan yang diterima masih belum cukup, sehinggakan isteri ketua pasukan singapura itu menghina pemain Malaysia sedemikian rupa?..Jika kemenangan itu dibanggakan, seorang isteri kepada pemain profesional seharusnya tidak bertindak sedemikian, lagi pula suaminya ketua pasukan singapura Shahril Ishak juga bermain di Liga Indonesia seperti Safee Sali.
Safee Sali yang diminta mengulas kenyataan itu, amat sedih,terkilan dan kecewa dengan tindakan isteri kepada pemain yang dianggapnya sebagai rakan di Liga Indonesia itu, Beliau bukan sahaja menghina beliau tetapi juga rakan iaitu Amirul Hadi. Lantas Safee sali menggesa Hidayah isteri ketua pasukan singapura mohon maaf kepada mereka. Dan seharusnya kepada semua peminat bola sepak Malaysia!!..
Apa yang difahamkan, akaun twitter Hidayah 17 tersebut telah pun dipadam. Isu ini telah mendapat perhatian ramai peminat bola sepak Malaysia dan sebagai balasan, akaun twitter Hidayah17 telah diserang oleh ramai peminat bola sepak Malaysia dan pelbagai reaksi dapat dilihat di twitter Hidayah 17 tersebut. Hidayah 17 telah pun menjadi trending topik di twitter baru-baru ini.
keratan akhbar berita harian mengenai komenn safee sali---
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.
“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”
“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.
“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

tags : ISTERI KAPTEN SINGAPURA, ISTERI KAPTEN SINGAPORE,ISTERI KETUA PASUKAN SINGAPURA, HIDAYAH 17, AKUAN TWITTER HIDAYAH SHAHRIL, HIDAYAH SHAHRIL HINA SAFEE SALI DAN AMIRUL HADI, ISU HINA PEMAIN NEGARA, ISTERI KETUA PASUKAN BOLA SEPAK SINGAPURA, HIDAYAH 17 TRENDING TWITTER, KOMEN ISTERI SHAHRIL ISHAK HINA SAFEE SALI, KOMEN HIDAYAH ISTERI KETUA PASUKAN SINGAPURA, HINA SAFEE SALI, HINA AMIRUL HADI, ISTERI PEMAIN SINGAPURA, GAMBAR SAFEE SALI AMIRUL HADI LIPAT BYCYLE KICK, HIDAYAH SHAHRIL,
oh safee sali, hero malayaku.. *over laks*
ReplyDeletecubit paha kiri, paha kanan pon terasa sakit. sakit hati pulak gee bace pasal isteri kapten kit nih.. x bersyukur lgsg dah menang tuh..
kesian kat malaysia.. dulu g indonesia kena naik keta kebal. skang kalah ngan singapura pon kena hina.. ape lah masalah ye sbnr ye...
klau dia pnggil safee dn amirul monyet mngkin suami ny kera kot!kn suami ny dn pemain mlaysia tu sama je,LELAKI dn brmain prmainan yg sama BOLASEPAK
ReplyDeleteberbulu je bace
ReplyDeletehuhu..tu laa..nak taip xpikir panjang..kan dah kena jadi gtu..huhu
ReplyDeletetengok muka pun dah menyampah dengan minah ni..sepadanla dengan mulut tu..nama je 'Hidayah' (petunjuk Allah)
ReplyDeletekalo korang sume nk tau,,mase game kt singapore,laki betine ni ade tunjuk isyarat 'L' pd penykong malaysia yg bermaksud LOSER.so,dlm cte ni.laki bini perangai memang gumpunk!
ReplyDeleteSikap tidak profesional dan akal budi yang rendah adalah kiasan pada si hidayah nie. Jika kononnya, Singapore negara yang maju, nampaknya moral langsung tiada. Agaknya dah hilang dah Melayu dalam diri.
ReplyDeletehohohohohohoho.....wah sungguh HEBAT,anda berasa anda begitu hebat sehingga menghina orang lain..anda akan melihat pasukan anda akan di MALUKAN oleh pasukan lain ..dan masa tu tak perlu lah buat muka kecewa kan anda lah JUARA KAMPUNG
ReplyDelete