LELAKI MENGAMUK DI JPM PUTRAJAYA MATI DITEMBAK ADALAH BLOGGER JAYANEGARA
Seorang pengikut ajaran sesat yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati ditembak ketika menceroboh kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Presint 1 di sini semalam.
Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, mati setengah jam kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das tembakan di tangan dan bahagian bawah perut.
Rakannya yang turut menceroboh premis itu, Muhdalina Ahmad, 28, cedera apabila terkena tembakan di paha. Ketika itu mereka membawa bersama senjata tajam seperti pedang samurai, keris dan tiga bilah pisau.
Beberapa saksi memberitahu, Khalil Afandi yang pada mulanya memakai jaket berwarna hijau kemudian membukanya dan dalam keadaan tidak berbaju, dia menjerit mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.
Ia merupakan kejadian pertama penceroboh ditembak mati sejak pusat pentadbiran negara berpindah dari ibu negara ke sini pada 1998 iaitu 14 tahun lalu.
Beliau berteriak mahu gulingkan kerajaan berulang kali dan mengacu pedang samurai ke leher pengawal keselamatan yang mengawal pintu masuk dan mengarahkan mereka untuk membenarkan beliau masuk ke kawasan komplek B,JPM Putrajaya.
Polis mengesahkan lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.
"Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya," menurut kenyataan polis Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan polis, seorang lagi suspek perempuan pula terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.
Pihak berkuasa juga mendakwa, suspek yang mengamuk dengan melibas pedang samurai berjaya memasuki kawasan itu setelah menuju ke pos pengawal dan meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan.
"Bila berada di dalam perkarangan Kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM," menurut polis.
Polis juga memberitahu, anggota cawangan pencegahan jenayah dan anggota MPV yang sampai kemudian juga diserang oleh kedua-dua suspek menggunakan pedang samurai.
Justeru, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan, menurut kenyataan itu lagi.

Mengikut sumber yang diperolehi, lelaki tersebut adalah seorang blogger melalui laman blognya jayanegara1234.blogspot.com. Didalam blog jayanegara itu, setiap artikel dan penulisan beliau dilihat agak berat berkisarkan agama,politik dan isu yang mendalam.
Sukar difahami apa yang cuba arwah cuba sampaikan dalam penulisannya. Kebanyakannya lebih cenderung ke arah rasisme.
Untuk melihat dan membaca dengan lebih teliti lagi. Silalah jenguk sendiri laman blognya di JAYANEGARA DISINI<<---
.
.
tags: LELAKI MATI DITEMBAK SELEPAS MENGAMUK MAHU GULINGKAN KERAJAAN DENGAN PEDANG SAMURAI DI PUTRAJAYA, KHALIL AFANDI BLOGGER JAYANNEGARA SASPEK KES AMUK DI JPM PUTRAJAYA, KHALIL AFANDI BLOGGER, BLOGGER JAYANEGARA DITEMBAK MATI KES AMUK DI JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA, KHALIL AFANDI,BLOG KHALIL AFANDI, BLOG SASPEK AMUK PUTRAJAYA, KHALIL AFANDI BLOGGER JAYANEGARA MENGAKU IMAM MAHDI, BLOG JAYANEGARA KHALIL AFANDI, BLOGGER GILA DITEMBAK MATI PENGIKUT AJARAN SESAT, KES PASANGAN MENGAMUK DI PUTRAJAYA, LELAKI MENGAMUK DI JABATAN PERDANA MENTERI DITEMBAK MATI, KHALIL AFANDI DITEMBAK DITANGAN TETAPI MATI, MENGAMUK BAWA PEDANG SAMURAI DI PUTRAJAYA, LELAKI MENGAMUK DITEMBAK MATI, BLOG KHALIL AFANDI LELAKI MENGAMUK MATI DIPUTRAJAYA, AMUK DI PUTRAJAYA,BLOGGER DITEMBAK MATI, BLOGGER MENGAMUK DI JPM,
Kes ni rase nye pertama di Malaysia, rase cam tak caya je benda2 macam ni berlaku di Malaysia.
ReplyDeleteObses pada diri-sendiri. Belajar tanpa guru. Akhirnya sesat.
ReplyDeleteAl-Fatihah
pembetulan, beliau tak pernah mengaku yg beliau Imam Mahdi....boleh refer blik kat blog beliau.
ReplyDeletebeliau mengaku imam mahdi semasa buat serangan di putrajaya tu la bro...lu bce komen2 yg dia balas..ade dia kate dia umpama imam mahdi..dia xtulis kat post..tpi di bahagian komen..cer cari balik..
ReplyDelete