SUMBANG MAHRAM ABANG DAN ADIK IPAR, SI ISTERI DENGAN LELAKI LAIN DALAM SATU RUMAH
Kehidupan sebuah keluarga yang pincang di Kampung Padang Keria, Sanglang di sini terbongkar semalam apabila diserbu Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) setelah si suami didapati mempunyai hubungan dengan adik iparnya, manakala si isteri pula bersekedudukan dengan lelaki lain sehingga mengandungkan anak luar nikah.
Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAIPs, Suhaimi Ahmad berkata, suami isteri tersebut dipercayai melakukan perbuatan sumbang tersebut dengan pasangan masing-masing di dalam satu rumah sejak setahun lalu.
Dalam dua serbuan berasingan bermula kira-kira 12.15 pagi semalam, si suami yang berusia 39 tahun dicekup hanya bertuala di dalam rumah tersebut yang mempunyai dua bilik dengan adik iparnya yang berumur 18 tahun.
"Sejam kemudian kami sekali lagi serbu rumah tersebut dan mendapati isterinya, 25, pula bersama lelaki lain yang berusia 29 tahun di kawasan rumah tersebut," katanya.
Menurut Suhaimi, ketika serbuan tersebut, isteri berkenaan berada di dalam rumah manakala pasangannya ditemui tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek di belakang rumah.
sumber : kosmo
tags: PASANGAN SUMBANG MAHRAM KAMPUNG PADANG KERIA,SANGLANG PERLIS, ABANG DAN ADIK IPAR DICEKUP JAIPS, ISTERI DAN LELAKI LAIN DICEKUP, PASANGAN SONGSANG SUMBANG MAHRAM DICEKUP
No comments:
Post a Comment