RANKING TERBARU FIFA OKTOBER 2012 MALAYSIA TURUN KE 162 DUNIA

RANKING TERBARU FIFA OKTOBER 2012 MALAYSIA TURUN KE 162 DUNIA
 
 
Kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam bulan lepas telah menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam.
 
Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menunjukkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu berada pada kedudukan ke-162 dunia, jatuh enam anak tangga berbanding 156 yang pada bulan lepas. 
 
Penuruan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos.
 
Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Maldives (160), Samoa (164), Nepal (165), Fiji (167) dan Bangladesh (169). 
 
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat di belakang Thailand (139), Vietnam (140) dan Filipina (147). Di peringkat Asia, Malaysia turun dua anak tangga pada kedudukan ke-27 dari 46 negara. 
 
Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,611 mata. 
 
Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan mengumpul 1,459 mata diikuti dengan Portugal yang merampas tangga ketiga daripada England dengan mengumpul 1,259 mata. 
 
England, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, jatuh dua anak tangga ke kedudukan kelima dunia selepas mengumpul 1,196 mata. Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 209 buah negara.





.




.





Tags: RANKING TERBARU FIFA 2012, RANKING BOLA SEPAK, RANKING HARIMAU MALAYA, RANKING TERKINI MALAYSIA, RANKING FIFA TERKINI MALAYSIA, RANKING MALAYSIA JATUH KE 162,

No comments:

Post a Comment

Popular Posts