Ketika semua masih lagi tertumpu kepada perlawanan sabtu ini antara skuad Harimau Malaya- Malaysia vs Etolie FC sebuah kelab dari Singapura - yang akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801 ( Harap-harap tidak seperti minggu lepas ). Sebagai persediaan menanti Jelajah Pra Musim Kelab-kelab EPL....2011 dimana Malaysia akan menentang Chelsea, Liverpool dan 1 lagi kelab EPL..Di Stadium Nasional Bukit Jalil, julai nanti. JR ingin mengalih tumpuan para peminat dan pengkritik bolasepak Malaysia mengenai kelayakan Piala Dunia Brazil 2014.
Yang pastinya benua Asia akan memulakan pengembaraan bagi mencari slot ke FIFA Piala Dunia 2014 di Brazil. Sehubungan itu, pusingan pertama akan bermula pada 30 Julai 2011 dan undian bagi pusingan pertama tersebut akan diadakan pada 30 Mac 2011 di Wisma AFC, Kuala Lumpur.
Pusingan pertama ini akan menyaksikan 16 negara Asia yang mana menduduki 16 pasukan ranking tercorot akan berentap antara satu sama lain bagi melayakkan diri ke pusingan kedua. Setiap pasukan akan bermain sebanyak 2 kali iaitu di laman sendiri dan laman lawan. Pasukan yang menang akan meneruskan ke pusingan ke-2.
Berdasarkan ranking dunia FIFA, Malaysia menduduki di ranking ke 21 bagi ranking FIFA terkini bagi mac 2011 dari 46 buah negara dan oleh itu pasukan Malaysia layak untuk mendapat bye di pusingan pertama dan mara ke pusingan ke-2. Tahniah untuk pasukan Malaysia.
Tetapi info terbaru : - AFC menggunakan ranking sewaktu JAN 2011..semasa Malaysia di kedudukan 28 Asia..jadi Malaysia perlu bermain di pusingan pertama yang akan diadakan Jun nanti.
Jadual
Pusingan 1: Jun 29 dan Julai 3, 2011
Pusingan 2: Julai 23 dan Julai 28, 2011
Pusingan 3: September 2, September 6, Oktober 11, November 11, November 15, 2011 dan Februari 29, 2012
Pusingan 4: Jun 3, Jun 8, Jun 12, September 11, Oktober 16, November 14, 2012, Mac 26, Jun 4, Jun 11, Jun 18, 2013
Pusingan 5: September 6 dan September 10, 2013
Pusingan 6 (playoff antara-benua): Oktober 15 dan November 19, 2013
klik gambar untuk paparan lebih jelas
mengikut pemerhatian JR, jika dilihat dari mutu permainan yang ditunjukkan skuad negara ketika ini, setiap bulan pasukan negara akan naik sebanyak 2 anak tangga dalam ranking FIFA..-Analisis ini dibuat sejak 4 bulan yang lalu selepas AFF Suzuki Cup 2010..Alangkah bagusnya jika ranking terbaru yang diambil kira.
MOGA-MOGA TAJUK ARTIKEL INI MENJADI KENYATAAN JULAI NANTI!!..
MOGA-MOGA TAJUK ARTIKEL INI MENJADI KENYATAAN JULAI NANTI!!..
sumber dipetik dan diubah suai dari www.fifa.com
malaysia makin meningkat!..
ReplyDeleteharap-harap dapat naik ranking lagi lah lepas ni..
ReplyDeletemalaysia kena main pusingan pertama juga..sebab FIFA dan AFC guna ranking lama..ape daa..ade yg bru gunala yg baru..tapi jamin MALAYSIA mesti lepas lah pusingan pertama..
ReplyDeletenice arse... i like this post. baguih la pasukan malaysia sekarang dah mula up. aku memang tukang kritik pasukan malaysia dari dulu tapi kritik-kritik wa tetap sokong team tempatan. GO RED GIANT! Congrats to Malaysia sebab berjaya meneruskan perjuangan sejauh ni. nice arse..
ReplyDeleteEntri Terkini Saya: Kucing Pesaing Lelaki Kini?