Preview Malaysia vs Etoile FC - 26 MAC 2011


Malam ini satu lagi pertemuan bersejarah antara pasukan Harimau Malaya vs Etoile Fc -sebuah kelab dari Singapura bakal berlangsung di Stadium Jalan Besar di Singapore..Menjelang sepak mula perlawanan persahabatan ini JR ingin membawa peminat dan pengkritik bolasepak Malaysia meninjau preview perlawanan dan kedua-dua pasukan ini

Ini merupakan pertemuan pertama kali antara Harimau Malaya dan Etoile FC, jika diambil kira dari kesebelasan utama, Etoile Fc lebih banyak diwakili oleh pemain-pemain import dari luar negara. Manakala Malaysia membariskan skuad muda yang bakal menyengat di arena bolasepak Asia.

Etoile FC



semua macam pemain luar saja..Ini Singapura ke PERANCIS ?..kalau dilihat info setiap pemain, kebanyakan adalah berasal dari Perancis , dan pernah mewakili pasukan hebat seperti Olympique Lyon, Marseille dan banyak lagi..mungkin perlawanan yang sengit malam ini akan berlaku..

Etoile FC menduduki tangga ketiga S-League ketika ini..


Malaysia - Harimau Malaya

Rentetan kejayaan skuad Harimau Malaya kebelakangan ini menaikkan lagi semangat para peminat di setiap pelusuk tanahair. Masih segar lagi dengan kejayaan di AFF Suzuki Cup 2010, Malaysia mengorak langkah mengapai impian beraksi di Sukan Olimpik 2012 di London pula.

Ramai yang kurang pasti, mana satu skuad yang akan diturunkan malam ini, yang memenangi AFF Suzuki Cup kah atau Skuad Olimpik??..Apa yang JR pasti skuad kendalian K.Rajagopal sudah pun tiba di Singapore semalam dan memulakan latihan disana. Jadi sudah pastilah skuad yang memenangi Piala AFF akan beraksi malam ini..

Safee Sali??..Mungkin beliau tidak disenaraikan malam ini kerana jadual ketat di Liga Super Indonesia.

BARISAN KEMUNGKINAN MALAYSIA


Khairul Fahmi


Mahali Jasuli - Fadhli Shas - Aidil Zafuan - Asraruddin


S Kunanlan - Amar Rohidan - Safiq Rahim (C) - Ashaari Shamsuddin


Norshahrul Idlan Talaha - Fakri Saarani

BARISAN SIMPANAN

Penjaga Gol - Sharbinee Allawee


Bek - Sabree Abu, Azmi Muslim, Rizal Fahmi, Muslim Ahmad


Tengah - Azidan Sarudin, Amirul Hadi, Badrol Bakhtiar, G Mahathevan, K. Gurusamy


Penyerang - Izzaq Faris, Shahrizal Saad

Jadi ayuh ke singapura bagi warga Johor, bukan jauh pun kan..beri sokongan anda kepada skuad negara yang akan turun dalam perlawanan persahabatan menentang "Perancis " malam ini..hehe...


sedikit penambahan : info terbaru- etoile fc ini memang merupakan satu kelab yang semua diwakili oleh player Eropah, satu2 nya kelab pertama seumpamanya di Asia..korang translate sendiri bawah ini ye..

dipetik dari wikipedia

" Etoile Football Club is a professional football club which was formed to play in Singapore's S.League in 2010.
Their name means "star" in French. Etoile FC is the first team of players all born in Europe to ply their trade in Singapore's professional league, and the first in Asia. The team is entirely made up of players of French origin.
Etoile FC became the eighth team defined by foreign team composition to compete in the S.League after Sinchi FC (2003), Albirex Niigata (2004), Sporting Afrique (2006), Liaoning Guangyuan and Super Reds (both 2007), Dalian Shide (2008) and DPMM (2009), and in 2010 became the first such team to win the S.League title. "


Jangan lupa saksikan siaran secara langsung Malaysia vs Etoile FC jam 8.00 malam ini di Astro Arena - nadi sukan selangor anda..

ramalan anda malam ini macam  mana??...

1 comment:

  1. aku pun pelik..ade kate etoile fc ni kelab perancis..ade kate singapore..mana satu ni..tu la bnyk sgt org perancis..tpi main kat liga singapore..

    ReplyDelete

Popular Posts