' Saman Ekor ' Tidak Praktikal


Sudahkah anda menjelaskan saman traffic anda yang tertunggak selama ini?..Anda tahu atau tidak yang anda telah disaman oleh pihak yang berkuasa?..Mungkin dalam fikiran anda, anda tidak mempunyai sebarang saman. Tapi janganlah terlalu yakin, kerana adanya saman ekor, dengan saman ekor, selalunya anda tidak tahu pun yang anda telah disaman melainkan mereka yang sentiasa 'alert' dengan status saman mereka.

 sup ekor memang sedap dimakan panas-panas!

Apa itu saman ekor? saman sambil makan sup ekor kah?..hmm..atau siapa yang main nombor TOTO ekor akan disaman ?..mesti gelabah sesiapa yang terasa itu..
Sebenarnya saman ekor adalah merupakan satu notis untuk memberi butiran pemandu di bawah satu seksyen iaitu Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mengikut apa yang pneumedic ketahui , notis ini akan dihantar ke pemilik saman.

Berbeza dengan saman biasa dimana saman dikeluarkan secara terus kepada pemandu selepas melakukan kesalahan, sebagai contoh kesalahan parking. Tentu kita anda semua pun pernah menerimanya. Manakala saman ekor pula, notis dipos ke rumah si pesalah terbabit dan atas kesalahan memandu melebihi had laju SAHAJA!..

Tetapi lain pula yang terjadi, dimana ada juga sesetengah pesalah tidak menerima notis tersebut atas banyak sebab antaranya alamat yang salah dalam data JPJ. Pemilik sudah pun berpindah, dan ada kes dimana notis tidak diterima LANGSUNG oleh pesalah tadi.  Jadi bagaimana si pesalah tadi tahu yang beliau telah disaman?..sungguh tidak adil.

 Beberapa desakan rakyat supaya saman ekor dihapuskan demi meringankan beban rakyat masih lagi belum dipandang serius oleh pihak terlibat. Ya, memang saman boleh mendisplinkan rakyat supaya mematuhi undang-undang, tetapi biarlah melalui saluran yang boleh diterima ramai. Bukan dengan cara menindas rakyat pemandu jalan raya


keratan akhbar mendesak mansuhkan saman

antara artikel mendesak saman ekor dimansuhkan

 
pemilik saman ekor akan disenaraihitamkan mulai 1 Mac 2011 jadi disebabkan ini lah begitu ramai yang mendesak supaya saman ekor ini dimansuhkan. Kerana tindakan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan menyukarkan mereka untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.
 
keratan artikel saman ekor

" Sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan. "

sumber artikel disini

Kepincangan dalam kes saman ekor ini adalah :

a) Memasukkan takrif imej yang dirakam ke dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang bermaksud semua gambar yang diambil oleh PDRM/JPJ semasa operasi hadlaju sebelum pindaan ini tidak boleh digunakan di Mahkamah sebagi bukti.
b) Memperkenalkan AES iaitu penguatkuasa automatik yang akan menguntungkan du syarikat swasta.
c) Selepas 28/2/2011 senarai hitam akan kembali dikuatkuasa sedangkan saman ekor yang lama tidak boleh dikuatkuasakan kerana tiada bukti kesalahan dan tiada saman di Mahkamah.
d) Memberi kuasa kepada JPJ/PDRAM memasuki mana-mana jalan termasuk jalan persendirian untuk menguatkuasakan Akta ini.

benarkah perkara ini berlaku?..benar atau tidak sudah pasti ramai yang tidak bersetuju mengenai isu saman ekor ini..Jika ada 100 orang, hampir pasti 100 orang akan angkat tangan setuju saman ekor ini dimansuhkan . Semoga pihak berkuasa ada cara lain bagi menggantikan saman ekor ini supaya ia tidak terus membebankan pengguna jalan raya.

Jadi silalah semak saman anda segera.

SETUJUKAH ANDA SAMAN EKOR DIMANSUHKAN ???
sila undi ya atau tidak
 
jika ekor yang ini sudah pasti kaya jika dijual


5 comments:

  1. memang patut di mansuhkan laa..aku xtau pun aku kena saman..last nk renew roadtax xleh..kdg2 mmgla kita bukan sedar kita tekan padle minyak melebihi had laju..xpatut ar!

    ReplyDelete
  2. hmm..aku pun rasa macam tu juga..dan pernah menerima situasi yg hampir sama mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Apnijobs.com is a good website for finding latest jobs.

    ReplyDelete
  4. nak kumpul duit nak pilihanraya kot

    ReplyDelete
  5. mungkinla..tapi bila fikir logik..mcm pukul curi pun ada..kadang ntah betul ke x kita lebih had laju..tbe2 kena saman..

    ReplyDelete

Popular Posts