Situasi Bola Sepak Malaysia - Bila Pasukan Kalah Siapa Yang Harus Dipersalahkan




Jika zaman dulu, jurulatih ada yang membimbing pasukan sampai 10 tahun kini tidak lagi..Ada yang tak sampai 10 minggu dah kena pecat. Mungkin sudah menjadi lumrah dalam dunia bola sepak, jika pasukan itu gagal mencapai kejayaan yang diinginkan maka harus ada seseorang yang perlu dipertanggungjawabkan, Persoalannya siapa yang harus dipersalahkan dalam naik turunnya sesebuah pasukan itu.

a- jurulatih
b- pemain
c- pengurus pasukan
d- peminat

Situasi ini lah yang sering melanda bola sepak dunia ketika ini dan Malaysia juga terkena tempiasnya. Apa tidaknya, bila kalah sahaja pasukan itu, jurulatih akan dipecat..Lihat di liga-liga luar negara, perkara ini sudah seperti menjadi ' tabiat dan hobi ' bagi pengurusan pasukan tersebut. Asal kalah sahaja terus dipecat, tetapi lupakah mereka sewaktu jurulatih tersebut meniti era kegemilangan pasukannya?..Apakah kekalahan ini memadamkan rekod gemilang jurulatih tersebut?..

Namun sejak akhir-akhir ini,sudah menjadi trend dimana jurulatih lebih dahulu mengundurkan diri sebelum beliau dipecat. Memang tindakan ini harus dipuji, dan ianya adalah demi kebaikan pasukan. Lihat sahaja Wan Jamak Wan Hassan tindakan harus dipuji namun jasanya tidak pernah dilupa skuad N.Sembilan. Namun ianya bukanlah satu jalan penyelesaian bagi meningkatkan mutu persembahan sesebuah pasukan itu. Jadi siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan?..

Apa yang dilihat keseluruhan pengurusan itu harus dipersalahkan, dan bukan hanya meletakkan beban kekalahan di atas bahu jurulatih sahaja. Bagaimana pula dengan Pengurus Pasukan ?..tidakkah beliau lebih besar jawatannya..Bagaimana pula dengan pemain..tidakkah mereka sendiri yang bermain dan kalah, mengapa hanya jurulatih sahaja yang dipersalahkan..dan peminat..tidak memenuhi ruang stadium, pemain kurang semangat dan moral support dan corak permainan pun merundum, adakah peminat juga harus dipersalahkan..

Kalah dan pecat bukanlah jalan penyelesaian untuk meningkatkan mutu sesebuah pasukan.


dipersalahkan gagal membawa indonesia juara AFF Suzuki Cup

Luis Felipe Scolari yang pernah gah di Piala Dunia juga pernah jadi mangsa " kalah dan pecat "


gagal membawa kejayaan pada Argentina di Piala Dunia baru-baru ini." kalah dan pecat "


 " direhatkan " sementara tapi sampai bila ?.


apakah beliau juga akan menerima nasib yang sama jika Malaysia gagal dipusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 nanti ?


yang pastinya sama ada menang atau kalah, naik atau turun beliau ini tetap tidak berganjak dari kerusinya

bertahun-tahun menerajui Manchester United

jadi siapa yang harus dipersalahkan?..yang pasti bukan salah ibu mengandung..

jawapannya : e - keseluruhan pasukan

2 comments:

  1. terikut liga inggeris kot..

    ReplyDelete
  2. patutnya jangan dipecat,mungkin boleh diturunkan pangkat sbg pen jurulatih ke, kena ingat jugak jasa dorang..

    ReplyDelete

Popular Posts