1Malaysia Email - Antara Kejayaan dan Pembaziran


Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.

Ditanya sekiranya projek berkenaan akan bertembung dengan perkhidmatan dalam talian lain seperti MyEG, Tricubes berkata projek berkenaan berbeza daripada inisiatif sedia ada. Ketua pegawai eksekutifnya Khairun Zainal Mokhtar berkata, berbeza dengan perkhidmatan bayaran dalam talian MyEG, perkhidmatan melibatkan email baru itu akan melibatkan penghantaran notis dan bil.

Satu keterangan yang diperolehi media berhubung projek berkenaan menyebut, Projek Emel 1Malaysia juga akan menyediakan perkhidmatan untuk menyemak bil dan bayaran. Khairun berkata, syarikat berkenaan akan memiliki portal dan infrastruktur emel berkenaan sebaik saja ia siap pada Julai.

sumber dipetik : malaysiakini

 sebahagian komen pembaca...

Ada dua sudut pandangan yang akan terjadi dengan projek email 1malaysia yang bernilai RM50 juta ni.

Perkara 1 - Dari sudut Positif: Kebaikannya kepada Rakyat Malaysia boleh terus membuat aduan dan menegur segala kemungkaran kepada Kerajaan 1Malaysia. ( Jika kerajaan membaca dan menerimanya, Alhamdulillah). Selain itu bidang teknologi it maklumat negara akan melangkah satu tapak ke hadapan setanding negara maju yang membangunkan google, yahoo dan sebagainya. Maka negara akan lebih dikenali didunia.

Perkara 2- Dari sudut negatifnya, Amat merisaukan sekiranya Kerajaan akan mengunakan platform email yang bernilai RM50 juta ini untuk menghantar ''Email blast'' kepada seluruh Rakyat Malaysia untuk menyebar perkara-perkara yang berat sebelah. ( Ini telah jelas terbukti seperti saluran TV, media kawalan kerajaan, radio-radio semua menyebarkan perkara yang BERAT SEBELAH) so tidak mustahil sekiranya email 1Malaysia ini adalah salah satu platformnya. ( Harap jangan terjadi macam ni). 

Selain itu, RM50 juta dilihat terlalu signifikan untuk diperkatakan memandangkan jumlahnya yang banyak. Adakah projek mega ini berbaloi untuk rakyat dan tidak merupakan satu pembaziran ?..Mungkin RM50 juta itu patutnya disalurkan kepada badan kebajikan dalam membasmi kemiskinan di dalam negara yang sebenarnya masih belum lagi mencapai tahap sifar.

p/s : Kalau kita lihat, pemimpin kita senang-senang saja bercakap mengenai dana dan peruntukan. Tiada satu pun ' sembang '  mereka yang kecil, semua main juta-juta aje. Kadang-kadang takut dengar apabila mereka menyebut " kerajaan akan peruntukan 500 juta untuk projek sekian-sekian...". Harap setiap dana yang dikeluarkan berbaloi untuk rakyat yang utama dan negara.

carian : email 1 malaysia, 1malaysia, email 1malaysia, syarikat pembangun email 1malaysia bermasalah, email percuma 1 malaysia, email free 18 tahun keatas, no taxpayer money used email, official 1malaysia email, isu email 1malaysia, isu klinik 1malaysia, aduan 1malaysia, logo 1malaysia

2 comments:

  1. sory..tak dapat nk tinggal jejak kat shoutbox..sebab software bypass restriction office ni sesetengan cbox tak bleh nk retrive..

    ooo..pasal entry tu ke?
    hahaha..biarkan..
    budak2 memang camtu..suka jump to conclusion tiba2..

    ReplyDelete
  2. byknye 50 uta..emmm lagi bagus le tolong org miskin dari hantar emel je

    ReplyDelete

Popular Posts