Pemain Import Kembali Musim Depan - Seorang Mesti Dari Rantau Asean

Kembalinya aksi pemain import, Liga Super tidak lebih daripada 12 pasukan dan geran penajaan yang berdasarkan prestasi liga, mampu lebih mewarnai dan menyuntik kehebatan Liga Malaysia musim depan. Malah tanggungjawab menguruskan Liga M mahupun pasukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, bakal diserahkan kepada sebuah entiti profesional dan komersial yang berasingan sekali gus melepaskannya daripada bahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri (FA). 
Kerinduan kepada aksi pemain import sejak 2009 pula turut akan terubat sekiranya saranan jawatankuasa ini direstui Majlis FAM, tidak lama lagi dengan setiap pasukan cuma dibenarkan memiliki sehingga tiga orang namun salah satu daripadanya mestilah yang berasal dari Asia Tenggara.


Phillips younghusband - walaupun Filipina tewas ketika Aff suzuki cup yang lalu, jelas menampakkan kebangkitan dan beliau antara muka baru bola sepak asean yang harus diberi perhatian. bekas pelatih di akedemi bolasepak Chelsea.


Bambang Pamungkas - antara pemain import dari rantau Asean yang pernah beraksi di Liga M bersama Selangor FC


Kemasukan semula pemain import mampu menyumbangkan salah satu nilai tambah kepada mutu liga bola sepak kita selagi tahap permainan mereka didapati lebih baik daripada pemain tempatan. Ia juga membuka peluang pemain tempatan bersaing semula mahupun berganding bahu lantas menimba pengalaman dengan pemain import yang lebih baik daripada mereka.


Mengenai saranan pengurangan pasukan Liga Super daripada 14 seperti sekarang, Tan Sri Anuar Musa menjelaskan apa yang diperlukan adalah kualiti liga kerana tiada maknanya jika ia ditandingi lebih 12 pasukan tetapi sering berlakunya jurang perbezaan gol yang besar dan keputusan perlawanan yang tidak seimbang.

sumber / diedit  :utusan malaysia online

No comments:

Post a Comment

Popular Posts