Misbun Tolak Tawaran B.A.M


Entah apa yang berlegar dalam kotak fikiran bekas jurulatih perseorangan itu sehingga mengambil keputusan nekad untuk menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia - B.A.M untuk kembali melatih skuad pelapis negara, biarpun pelbagai usaha perbincangan diambil sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ‘turun padang’ memujuk bekas jaguh negara itu. Jika sebelum ini Datuk Misbun Sidek sendiri yang telah menarik surat perletakan jawatannya, tetapi kini menolak pula tawaran B.A.M.

"KAMI semua keliru". Itulah luahan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi selepas mendapat perkhabaran mengenai keputusan Misbun Sidek menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam. “Kita tidak tahu apa sebenar perancangan Misbun Sidek. Kalau tak ada apa-apa kenapa dia lebih dulu ambil keputusan untuk berhenti? Tidak ada orang yang tahu apa difikirkannya mungkin dia mahu menjadi jurulatih di tempat lain atau pun mungkin memulakan perniagaan,” kata Kok Chi, semalam mengenai tindakan membisu jurulatih itu sejak meletakkan jawatan pada penghujung tahun lalu.

Ada yang beranggapan andai aspek gaji dalam kontrak baru diambil kira, perkara itu mungkin tidak menjadi masalah apabila jumlah yang ditawarkan dikhabarkan tidak berubah tetapi mungkinkah faktor ‘ kehilangan ’ Chong Wei yang terus terang mengatakan sudah selesa tanpa bimbingan mentornya itu menjadi penyumbang utama?

Jika sebelum ini, ramai pemerhati yang melihat berlaku keretakan hubungan diantara Misbun dan Lee Chong Wei ketika majlis anugerah sukan yang dianjurkan oleh Astro Arena baru-baru ini, dimana Misbun Sidek dan Datuk Lee Chong Wei saling tidak bertegur sapa apalagi bersalaman seperti tidak kenal satu sama lain. Walhal kita sedia maklum akan keakraban mereka yang berjaya memartabatkan arena badminton negara ketika ini. Apa sebenarnya yang sudah terjadi, adakah punca Misbun meletak jawatan dan enggan terima tawaran B.A.M ada kena mengena dengan hubungannya dengan Lee Chong Wei ?..Lagipula Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraannya selepas Sukan Olimpik London 2012 nanti.


Bekas pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo pula akan mula memikul tugas sebagai jurulatih perseorangan wanita program Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mulai Mei ini manakala Chi Shanrong yang melatih program SSBJ dilantik membimbing skuad perseorangan wanita kebangsaan.
sumber / diedit : bhonline 


carian : misbun sidek letak jawatan, isu perletakan jawatan misbun, berita terkini badminton malaysia, berita terkini Datuk Lee Chong Wei Super Siri 2011, isu hubungan misbun dan lee chong wei bergaduh, punca misbun tolak tawaran B.A.M, lee chong wei final super siri terbuka

No comments:

Post a Comment

Popular Posts