Gelanggang Maharaja Lawak Astro bakal berdepan dengan kejutan pada minggu keenam nanti. Kejutan itu bagaimanapun tidak akan dapat dijangka oleh penonton. Format dan rancangan dikatakan sudah ada. Semuanya telah dirancang sejak awal lagi. Kejutan itu bakal disaksikan penonton pada minggu keenam atau ketujuh gelanggang Maharaja Lawak nanti, ianya disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.
Juri juga mempunyai satu imuniti yang bakal diberikan kepada peserta yang terkeluar. Imuniti ini hanya boleh digunakan sekali sahaja oleh juri. Malah, ketiga-tiga juri harus sebulat suara memilih peserta yang terkeluar untuk dimasukkan semula ke gelanggang Maharaja Lawak. Pada minggu keempat program tersebut menyaksikan Alex disingkirkan kerana persembahannya gagal memikat hati juri dan penonton.
Lagi 'permainan' dari Astro Maharaja Lawak, selepas dikritik hebat oleh penonton mengenai gimik di minggu kedua dimana penyingkiran ditunda ke minggu ketiga, yang seolah-olah mahu penonton membeli pakej mustika - Astro Warna jika mahu melihat siapa yang akan tersingkir di minggu ketiga. Pengekalan Amir didalam Maharaja Lawak turut dikritik hebat oleh penonton yang rata-rata tidak mengemari peserta maharaja lawak itu, yang dikatakan lebih 'syok sendiri' dari memberikan lawak yang terbaik untuk tatapan penonton.
Jika sebelum ini penonton sudah cukup 'terkejut' dengan pemilihan peserta yang tersingkir, kali ini entah apa lagi kejutan yang bakal menemui penonton. Penyingkiran Alex dan R2 mendapat kritikan pelbagai pihak yang hairan bagaimana Amir yang sebelum ini menunjukkan persembahan yang amat tidak lawak tidak tersingkir kerana pujian juri yang pertama kali diterimanya dalam Maharaja Lawak, itupun pabila sampai minggu keempat. Sedangkan dua peserta tadi memang agak konsisten daripada beliau sejak minggu pertama lagi.
Ada juga yang mengatakan Astro sengaja mengekalkan Amir kerana 'populariti' nya dek penonton yang tidak menyukainya terlalu tinggi, akan meningkatkan lagi jumlah rating rancangan tersebut. Bermakna semakin ramai yang akan menonton rancangan itu setiap minggu untuk melihat Amir tersingkir. Tetapi lain pula yang terjadi setiap minggu. Ini satu strategi yang amat menguntungkan pihak Astro. Kenapa Amir Maharaja Lawak tidak keluar-keluar lagi ?..
Selepas Alex tersingkir, barisan Maharaja Lawak kini hanya tinggal Jozan, Nabil, Jambu, Balas, Amir, Man dan Jihan. Pada minggu keempat ini, kesemua peserta telah melakukan persembahan dengan baik dan menarik. Pengkritik Maharaja Lawak dibarisi oleh pengarah Mamat Khalid, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek.
Malam ini minggu kelima Maharaja Lawak 29 april 2011..saksikan siaran langsung di Astro
No comments:
Post a Comment