Fifa New World Ranking Updated 19 May 2011 | Ranking Terbaru Fifa 19 May 2011


Ranking Terbaru Fifa | Malaysia Naik Satu Anak Tangga 143

Ranking terbaru Fifa yang terkini telah pun dikeluarkan semalam didalam laman web Fifa dimana skuad negara dilihat melonjak naik satu anak tangga dari kedudukan 144 ranking FIfa bulan April lalu ke 143 bulan May ini. Walaupun tiada perlawananan persahabatan kelas A dijalankan namun mengikut sistem kiraan mata yang dicongak sendiri oleh badan induk bola sepak dunia itu Malaysia naik satu anak tangga.

Kedudukan terbaik Malaysia dalam ranking dunia FIFA adalah di tangga ke 75 dunia pada Ogos 1993, kalau tidak silap zaman era kegemilangan Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan ( kalau silap tolong betulkan ), manakala ranking terburuk adalah pada tangga ke 170 dunia pada April 2008..zaman kegemilangan siapa ??..Penampilan terbanyak dalam skuad negara masih lagi dipegang Soh Chin Aun sebanyak  225 cap bersama Malaysia. Dan penjaring terbanyak skuad negara dan penyerang berbisa yang pernah menyarung jersi negara tidak lain dan tidak bukan Allahyarham Moktar Dahari - Supermokh dengan 125 gol.

Juara Dunia Sepanyol masih kekal sebagai pendahulu ranking Fifa. Sebenarnya Malaysia memerlukan perlawanan persahabatan yang berkualiti seperti kelas A, barulah ranking skuad negara akan dapat kembali dinaikkan. Peminat bolasepak Malaysia pasti akan teruja jika dapat melihat skuad negara beraksi menentang pasukan dari benua Eropah, kalau bukan pasukan yang terkenal pun, pasukan seperti Finland, Lithuania,  Albania dan berbagai-bagai lagi pun tidak mengapa. Kenapa setiap kali perlawanan persahabatan yang diaturkan mesti dalam Asia Tenggara dan paling tidak pun hanya Asia sahaja. 

F.A.M perlu ambil berat soal ini.

skuad negara 1993

Ranking Terkini Fifa - updated 18 May 2011


carian : ranking FIFA, FIFA, ranking Malaysia, ranking bolasepak Malaysia terkini, ranking Fifa terbaru may 2011, kedudukan pasukan malaysia dalam Fifa, Malaysia naik satu ranking, perlawanan persahabatan malaysia vs hongkong, senarai pemain malaysia,

No comments:

Post a Comment

Popular Posts