Keputusan Biasiswa JPA 2011 | Nasib 86 Pelajar Bakal Ditentukan





Jemaah Menteri akan bermesyuarat esok bagi menentukan sama ada 86 pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM tetapi gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam boleh melanjutkan pelajaran mereka di luar negara.

Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia Dr S Subramaniam akan menimbulkan perkara itu dan membuat rayuan kepada kabinet esok, Rayuan itu akan dikemukakan berikutan mesyuarat pemimpin parti komponen BN yang diadakan sebelum sidang akhbar ini.

Pertemuan itu diadakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Mohamed Nazri sebagai menteri bertanggungjawab mengenai biasiswa JPA untuk berbincang dengan parti komponen bagi menyelesaikan isu berkenaan yang disifatkan berpunca daripada kekeliruan.

Ahli politik, NGO, pelajar yang kecewa dan ibu bapa berang kerana ramai pelajar cemerlang gagal mendapatkan biasiswa JPA. Ada juga yang ditawarkan tempat di universiti tempatan sedangkan mereka memohon untuk belajar di luar negara. Ada pula yang ditawarkan biasiswa untuk program diploma sedangkan mereka mahu mengikuti program matrikulasi. 

Sekiranya rayuan itu diluluskan bermakna kuota biasiswa JPA bagi pengajian di luar negara tahun ini terpaksa dinaikkan, namun tegasnya ia tidak bermakna kuota itu akan ditambah secara tetap.

Turut dibangkitkan ialah mengenai tawaran mengikuti kursus matrikulasi yang dikatakan menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar, yang mana akan turut dibawa ke pengetahuan jemaah menteri esok. Tawaran untuk mengikuti kursus matrikulasi tahun ini dibuat secara terbuka, tidak dinyatakan secara khusus apa subjeknya. Ini menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Jadi apa yang diminta ialah untuk Kementerian Pelajaran (KPM) kembali kepada cara sebelum ini. 

Mengenai saranan supaya kesemua pelajar 9A+ dan 8A+ yang tidak mendapat tempat ke luar negara ditawarkan kursus matrikulasi dan bukannya diploma, Menteri di Jabatab Perdana Menteri , Datuk Nazri berkata, perkara itu perlu diselaraskan dengan KPM terlebih dahulu.




carian : biasiswa JPA 2011, rayuan biasiswa JPA 2011, pengajian luar negara biasiswa JPA, keputusan rayuan biasiswa JPA, keputusan tawaran program matrikulasi 2011, keputusan tawaran pengajian ijazah luar negara biasiswa JPA, cara mohon biasiswa JPA, permohonan biasiswa, universiti luar negara pengajian ijazah luar negara,

2 comments:

  1. takkan nak bagi biasiswa kat 86org pyh sgt..bukan 86000 org

    ReplyDelete
  2. @nuriz
    tu la pasal..dah tahu keputusannya..86 orang ni semua xdihantar ke luar negara...cuma dihantar ke ipts je..masalahnya...course yang ditawarkan x memenuhi kehendak dorang..

    ReplyDelete

Popular Posts