Keputusan Biasiswa JPA 2011 | Nasib 86 Pelajar Bakal Ditentukan





Jemaah Menteri akan bermesyuarat esok bagi menentukan sama ada 86 pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM tetapi gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam boleh melanjutkan pelajaran mereka di luar negara.

Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia Dr S Subramaniam akan menimbulkan perkara itu dan membuat rayuan kepada kabinet esok, Rayuan itu akan dikemukakan berikutan mesyuarat pemimpin parti komponen BN yang diadakan sebelum sidang akhbar ini.

Pertemuan itu diadakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Mohamed Nazri sebagai menteri bertanggungjawab mengenai biasiswa JPA untuk berbincang dengan parti komponen bagi menyelesaikan isu berkenaan yang disifatkan berpunca daripada kekeliruan.

Ahli politik, NGO, pelajar yang kecewa dan ibu bapa berang kerana ramai pelajar cemerlang gagal mendapatkan biasiswa JPA. Ada juga yang ditawarkan tempat di universiti tempatan sedangkan mereka memohon untuk belajar di luar negara. Ada pula yang ditawarkan biasiswa untuk program diploma sedangkan mereka mahu mengikuti program matrikulasi. 

Sekiranya rayuan itu diluluskan bermakna kuota biasiswa JPA bagi pengajian di luar negara tahun ini terpaksa dinaikkan, namun tegasnya ia tidak bermakna kuota itu akan ditambah secara tetap.

Turut dibangkitkan ialah mengenai tawaran mengikuti kursus matrikulasi yang dikatakan menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar, yang mana akan turut dibawa ke pengetahuan jemaah menteri esok. Tawaran untuk mengikuti kursus matrikulasi tahun ini dibuat secara terbuka, tidak dinyatakan secara khusus apa subjeknya. Ini menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Jadi apa yang diminta ialah untuk Kementerian Pelajaran (KPM) kembali kepada cara sebelum ini. 

Mengenai saranan supaya kesemua pelajar 9A+ dan 8A+ yang tidak mendapat tempat ke luar negara ditawarkan kursus matrikulasi dan bukannya diploma, Menteri di Jabatab Perdana Menteri , Datuk Nazri berkata, perkara itu perlu diselaraskan dengan KPM terlebih dahulu.




carian : biasiswa JPA 2011, rayuan biasiswa JPA 2011, pengajian luar negara biasiswa JPA, keputusan rayuan biasiswa JPA, keputusan tawaran program matrikulasi 2011, keputusan tawaran pengajian ijazah luar negara biasiswa JPA, cara mohon biasiswa JPA, permohonan biasiswa, universiti luar negara pengajian ijazah luar negara,

Pemain Terengganu Bakal Terima Imbuhan Lumayan


Pemain bola sepak Terengganu dijanjikan hadiah lawatan ke Eropah jika berjaya menjadi juara berganda dalam perlawanan akhir Piala FA 2011 dan Liga Super nanti.Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebagai dorongan kepada Skuad Penyu beraksi dengan baik dalam perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini selain berusaha menempah tiket untuk melangkah ke peringkat akhir Liga Super.

Katanya sebagai tanda sokongan, kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu akan menghantar seberapa ramai rombongan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.

sumber : bernama

Tarif Elektrik Naik 7% Dan Gas Asli Akan Diapungkan Bermula 1 Jun 2011




Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus berkuatkuasa 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011. Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

sumber : malaysiakini








carian : tarif elektrik naik, isu tarif elektrik, tarif elektrik naik 1 jun 2011, bil elektrik naik jun 2011, harga gas asli naik jun 2011, gas asli diapungkan, berapa tarif elektrik terkini, harga barang naik, kesan kenaikan tarif elektrik malaysia,

Senarai Nama Pemain Malaysia | Malaysia vs Hong Kong 3 Jun 2011


Latihan Dan Pemilihan Pasukan Kebangsaan Untuk Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Menentang Pasukan Bolasepak Hong Kong Pada 3 Jun 2011.

Senarai nama pemain bagi pemilihan pasukan kebangsaan untuk perlawanan Persahabatan Antarabangsa menentang pasukan Hong Kong pada 3 June 2011 telah pun dikeluarkan secara rasminya oleh F.A.M. Pemilihan ini telah dilakukan sendiri oleh jurulatih skuad negara iaitu K.Rajagopal. Beberapa muka baru dilihat diberi peluang oleh beliau untuk membantu skuad negara berdasarkan prestasi mereka didalam kempen Liga Super 2011.

Pemilihan ini bukanlah satu pemilihan tetap untuk pasukan yang akan mewakili negara pada pusingan kelayakan piala dunia 2014, dan mungkin akan berubah mengikut prestasi pemain itu sendiri. Senarai pemain ini adalah untuk perlawanan persiapan menjelang kelayakan piala dunia 2014 sahaja iaitu perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun 2011.


Bil. Nama Pemain Kelab/Negeri
1 Amar Rohidan Kedah
2 Mohamad Azmi Muslim Kedah
3 Baddrol Bakhtiar Kedah
4 Mohd Amirulhadi Zainal Selangor
5 Mohd Asraruddin Putra Omar Selangor
6 Mohd Nasriq Baharom Selangor
7 Azidan Sarudin Selangor
8 Safiq Rahim Selangor
9 Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak Negeri Sembilan
10 Kunalan Subramaniam Negeri Sembilan
11 Mohamad Hisyamudin Mohamed Shaari Perak
12 Mohd Nasril Mat Nourdin Perak
13 Mohamad Ashaari Samsudin Terengganu
14 Mohd Sharbinee Allawee Terengganu
15 Helmi Remeli Terengganu
16 Ismail Faruqi Ashari Terengganu
17 Abdul Hadi Yahaya Terengganu
18 Muhamad Shahrom Abdul Kalam Kuala Lumpur
19 Syed Adney Syed Hussein Sabah
20 Mohd Farisham Ismail Kelantan
21 Chanturu Suppiah Kelantan
22 Norshahrul Idlan Talaha Kelantan
23 Shahrizal Mohd Saad Johor FC
24 Mohd Safee Mohd Sali Pelita Jaya FC, Indonesia




keratan artikel kenyataan F.A.M - KLIK UNTUK ZOOM



sumber : F.A.M 

Upcoming National Team game: jadual perlawanan skuad bolasepak kebangsaan

- Friendly Matches Hong Kong vs Malaysia - 3 June 2011 (Away)
- Friendly Matches Malaysia vs Myanmar - 18 June 2011 (Home)
- 2014 World Cup Qualifying, Malaysia vs Chinese Taipei (29 June 2011 - Away)
                                                                                  ( 3 July 2011 - Home)

 Nantikan keputusan terkini Malaysia vs Hongkong 3 jun 2011 yang akan diupdate untuk anda. Siaran langsung perlawanan persahabatan Hong Kong vs Malaysia 3 jun 2011 di Astro Arena belum lagi dapat dipastikan samada akan disiarkan live atau tidak.






carian : Malaysia vs Hong Kong 3 Jun 2011, live streaming online Malaysia vs Hong Kong 3 jun 2011 friendly match, live streaming perlawanan bola sepak persahabatan malaysia vs hong kong 3 jun 2011, venue malaysia vs hong kong 3 jun 2011, live streaming astro arena malaysia vs hong kong 3 jun 2011, senarai pemain malaysia vs hong kong 3 jun 2011, keputusan terkini malaysia vs hong kong 3 jun 2011, keputusan penuh malaysia vs hong kong 3 jun 2011, keputusan perlawanan persahabatan malaysia vs hong kong 3 jun 2011,  video highlights malaysia vs hongkong 3 jun 2011

Salma Juara Mentor Musim Kelima | Video Lagu Baru Finalist Mentor 5

Salma Mentor 5 | Protege Erra Fazira Juara Mentor Musim Kelima



Protege Erra Fazira, Salmah A Asis, 21 atau Salma muncul sebagai juara musim kelima rancangan realiti Mentor sekali gus mengetepikan dua finalis lain pada konsert akhir yang dipancarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Malawati, di sini, malam semalam.  Anak jati Sabah itu membawa pulang ganjaran utama, wang tunai RM100,000 serta kereta Chevrolet Cruze selepas menewaskan protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Binti Mohd Zikir, 24 (Shiha) dan anak didik Edry Abdul Halim, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, 25 (Iqa).

Salma yang memberikan persembahan konsisten sejak tirai Mentor dibuka pada 6 Mac lalu mampu mendahului saingan apabila mengumpul kutipan markah sebanyak 85 mata berbanding Shiha, (67) dan Iqa, (56). Shiha yang dilihat memberikan saingan sengit terpaksa berpuashati dengan RM30,000 dan Vespa LX150 selaku naib juara manakala Iqa menerima RM10,000. Setiap mentor juga menerima jumlah wang sama seperti anak didik masing-masing.

Pada pertandingan akhir itu, Salma mendendangkan lagu baru daripada Taja MUH, Aku Permata serta Listen dendangan asal Beyonce Knowles. Bersama gurunya, mereka menyampaikan Jendela Hati dan Jaclyn Victor sebagai pasangan duet bagi lagu Cinta & Rindu.  Shiha pula menguji vokal dengan mendendangkan lagu baru ciptaan Ajai, Bila Bertemu Mu selain Kisah Hati manakala bagi segmen duet bersama mentornya, mereka memilih Rindu disusuli paduan suara dengan Black, Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis.

Iqa protege edry pula menyampaikan lagu ciptaan mentornya sendiri berjudul Di Penghujungnya selain Ku Mohon selepas bergabung suara dengan Edry menerusi lagu Ganas manakala pilihan duet ialah bersama Faizal Tahir dengan lagu Karma. 

video salma mentor 5 | lagu baru salma mentor 5 - aku permata
 

lagu baru shiha mentor 5 | bila bertemu mu


lagu baru iqa mentor 5 | di penghujungnya



sumber : bhonline 




carian : keputusan mentor akhir musim kelima, video salma juara mentor 5 final, lagu baru salma mentor 5, lagu bari iqa mentor 5, lagu baru shiha mentor 5,keputusan konsert akhir mentor lima 29 Mei 2011, 

Pemain Perak Razali Umar Kandasamy Ditamatkan Kontrak



Penyerang Perak Razali Umar Kandasamy bakal ditamatkan kontrak bersama skuad Seladang bermula Rabu ini selepas kembali semula ke tabiat lama apabila ponteng latihan lagi bersama skuad Perak. Jika sebelum ini, Razali Umar yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri selama berminggu berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, namun beliau tetap juga mengulangi perkara tersebut. 

Jika dilihat dari segi prestasi permainan, Razali Umar ini mempunyai skil dan ketajaman penyudahnya sudah terbukti dalam beberapa perlawanan liga super musim 2011 ini termasuk ketika membantu Perak melakar kejayaan ke atas Kelantan 4-0 bulan lalu di Ipoh. Namun, masalah displin pula yang kini lebih mempopularkan beliau. 

PAFA ( Persatuan Bola Sepak Perak ) bimbang perkara seperti ini akan berulang dan terjadi pula kepada pemain lain, tindakan segera dengan menamatkan kontrak Razali Umar terpaksa dilakukan. Ini merupakan kali ketiga beliau ponteng latihan. Perak masih mempunyai beberapa penyerang yang berbisa seperti Akmal Rizal serta kehadiran permata baru yang mula menyinar di skuad Perak iaitu Shazuan Ashraff Matthews yang baru berusia 19 tahun yang mempamerkan aksi menarik dan jaringan 2 gol nya membantu Perak menewaskan T-Team minggu lalu.



KEPUTUSAN FORMULA 1 GRAND PRIX DE MONACO 29 MEI 2011


KEPUTUSAN FORMULA 1 GRAND PRIX DE MONACO 2011 | 29 MEI 2011  | SEBASTIAN VETTEL MUNCUL JUARA


Keputusan Terkini Formula 1 GP Monaco sekali lagi membukti kejaguhan pelumba RedBull Sebastian Vettel yang mengungguli litar di Monte Carlo ini sebentar tadi. Litar Monaco memang terkenal dengan kehebatannya tersendiri dari segi rekabentuk dan trek litar yang sememangnya mencabar dan mempunyai selekoh yang tajam merupakan antara litar yang direkabentuk dalam bandar Monaco sendiri.

Walaupun berlaku beberapa siri perlanggaran sehingga menyebabkan perlumbaan terpaksa di dahului oleh kereta peronda keselamatan ' safety car ', namun Vettel yang bermula dipetak hadapan cemerlang mengekalkan rentak pemanduan sehingga pusingan ke 78 dan sekaligus meninggalkan pesaing terdekat Fernando Alonso dari Ferrari di tangga kedua. Manakala  pemandu pasukan Mclaren Mercedes GP Jenson Button ketiga.

Pemandu Lotus Renault GP, Nick Heidfeld, berjaya mencuri 4 mata setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 8.

Keputusan F1 GP Monaco 29 May 2011


KEDUDUKAN PASUKAN - KESELURUHAN

klik untuk zoom


KEDUDUKAN PELUMBA

klik untuk zoom

sumber : f1 website

Perlumbaan seterusnya adalah di FORMULA 1 GRAND PRIX DU CANADA 12 / 6 / 2011 | 12 JUNE 2011

nantikan keputusan terkini Formula 1 GP Canada 12 Jun 2011








carian : keputusan f1 gp monaco, f1 gp monaco 29 mei 2011, f1 gp monaco 20 may 2011, formula one grand prix monaco monte carlo, formula one grand prix monaco monte carlo 29 may 2011, keputusan terkini formula satu 29 mei 2011, keputusan gp monaco f1, keputusan gp monaco 29 mei 2011, siapa juara f1 GP Monaco 29 mei 2011, pemenang F1 GP Monaco 29 mei 2011, jadual kalendar perlumbaan f1 gp Jun 2011, keputusan formula 1 grand prix monaco result , F1 monaco gp result 29 may 2011, Qualifying result f1 GP monaco 29 may 2011, keputusan f1 gp canada 12 jun 2011, qualifying result f1 gp canada 12 june 2011,f1 gp monaco 29 may 2011 result, formula one result, f1 gp result, f1 gp 2011 results, f1 gp canada 12 june 2011 results,

Berita Terkini | Gempa Bumi 5.8 Skala Ritcher Di Indonesia 29 MEI 2011


Berita Terkini | Gempa Bumi 5.8 Skala Ritcher Di Indonesia 29 MEI 2011
sumber : met.gov
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini dalam laman web nya menyatakan berlaku satu gempa bumi berukuran 5.8 skala ritcher yang menggegarkan Kepulauan Talaud di Indonesia awal pagi semalam. Namun tiada amaran Tsunami dikeluarkan kepada Malaysia.


KENYATAAN AKHBAR

( Dikeluarkan Pada 29 Mei 2011, 1:30 pagi )

Gempa Bumi kuat di Barat Daya Sumatera
Pada 29 Mei 2011, 1:07 pagi
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 pada skala Richter telah
berlaku di barat daya Sumatera pada 1:07 pagi. Pusat gempa bumi
terletak di 6.2º Selatan dan 103º Timur, 861 km dari barat daya
Johor Bahru, Johor.

TIADA ancaman Tsunami kepada Malaysia.
sumber : met.gov 
met.gov.my - laman web jabatan meteorlogi Malaysia
 klik untuk zoom


 

Video | Final Liga Juara Eropah | Manchester United vs Barcelona 28 Mei 2011


Final Liga Juara Eropah | Manchester United vs Barcelona 28 Mei 2011 | UEFA CHAMPION LEAGUE MATCH HIGHLIGHTS


MANCHESTER UNITED vs BARCELONA
1 : 3
                    rooney : pedro, villa, messi


Keputusan Perlawanan Akhir Liga Juara Eropah | Final UEFA Champion League 28 Mei 2011 awal pagi semalam di antara Manchester United vs Barcelona FC telah pun berlangsung awal pagi semalam. Barcelona sekali lagi membuktikan kehebatan di pentas Eropah apbila menewaskan Manchester United 3-1 dalam aksi menarik di Stadium Wembley.

Perlawanan banyak dikuasai oleh bahagian tengah Barcelona yang dikemudi oleh Xavi dan Lionel Messi, Barcelona membuka jaringan menerusi jaringan Pedro sebelum Rooney menjaringkan gol penyamaan 7 minit selepas itu, Diseparuh masa kedua asakan Barcelona akhirnya berhasil apabila David Villa dan Messi menjaringkan gol menjadikan kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat permainan.  Kejayaan ini mengulangi aksi final 2009 apabila Barcelona sekali lagi menewaskan Manchester United di pentas Final Liga Juara Eropah.


Manchester United vs Barcelona 28 Mei 2011| UEFA CHAMPION LEAGUE MATCH HIGHLIGHTS








carian : keputusan liga juara eropah 28 mei 2011, final liga juara 28 mei 2011 man united vs barcelona video youtube, uefa champion league final man united vs barcelona result match highlights 28 may 2011, perlawanan akhir liga juara eropah 28 mei 2011

Carta Terkini Liga Super 28 Mei 2011 | Jadual Liga Super 6 Jun 2011


Carta Terkini Liga Super  28 Mei 2011 | Jadual Liga Super 6 Jun 2011

 sumber  : astro arena

 klik untuk zoom



Jadual Liga Super 6 Jun 2011 | 8 Jun 2011

Selangor vs Perlis  - Stadium Shah Alam, Selangor

Terengganu vs Kelantan  - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

  Johor FC vs Perak  - Stadium JCORP, Pasir Gudang, JB

  Kuala Lumpur Felda United FC vs Kedah  - Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Negeri Sembilan vs Terengganu PBDKT T-Team  - Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS


8 June 2011

Sabah vs Kuala Lumpur - Stadium Likas, Sabah 


Siaran Langsung Liga Super 6 Jun 2011 di Astro Arena - Terengganu vs Kelantan saluran 801- sebarang perubahan akan diberitahu kelak..


Nantikan KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 6 JUN 2011...akan diupdated seperti biasa...




Keputusan Terkini Liga Super 28 Mei 2011


Malam ini 7 lagi perlawanan berlangsung, siaran langsung liga super 28 Mei 2011 Astro Arena adalah membabitkan perlawanan Terengganu vs Kedah yang disiarkan live malam ini. Apakah akan berlaku lagi perubahan pendahulu pada carta terkini liga super 28 mei 2011..


KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 28 MEI 2011 

FULL TIME

Kelantan - 1 vs Pahang - 0 - FULL TIME
(badrul radzi )

Selangor - 2 vs Negeri Sembilan  - 0 - FULL TIME
( fadzli shaari, rudie ramli)

Terengganu - 0 vs Kedah - 1 - FULL TIME
( badrol bakhtiar )

Perak - 2 vs  T-Team - 0 - FULL TIME
( shazuan ashraf - 2 gol )

Kuala Lumpur - 1  vs Johor FC - 2 - FULL TIME
( sharul aman) - ( azizan baba - 2 gol)

Harimau Muda A - 2 vs Sabah - 0 - FULL TIME

Perlis - 0 vs Felda United FC -1 - FULL TIME



*PERLAWANAN LIGA SUPER 28 MEI 2011 TAMAT*

Perlawanan bola sepak liga super seterusnya adalah pada 6 Jun 2011, nantikan keputusan terkini liga super 6 Jun 2011 yang akan diupdated seperti biasa. Jadual Liga super 6 Jun 2011 akan disiarkan sebentar lagi,


siaran langsung liga super 28 mei 2011 Terengganu vs Kedah di Astro Arena 801 - LIVE STREAMING 

live streaming red vision tv2 Kelantan vs Pahang 28 mei 2011 tiada disiarkan..harap maklum..






carian : keputusan liga super 28 mei 2011, jadual perlawanan liga super 28 mei 2011, keputusan terkini liga super 28 mei 2011, senarai penjaring liga super 28 mei 2011, live streaming liga super 28 mei 2011 astro arena, siaran langsung astro arena liga super 28 mei 2011, keputusan terkini liga super Kelantan vs Pahang 28 mei 2011, keputusan terkini liga super 28 mei 2011 Terengganu vs Kedah, keputusan terkini liga super perak vs t-team 28 mei 2011, keputusan liga super kelantan vs pahang 28 may 2011, keputusan liga super kelantan 28 mei 2011, keputusan penuh liga super 28 mei 2011, live streaming liga super online,





Carta Terkini Liga Super 25 Mei 2011 | Jadual Liga Super 28 Mei 2011


Carta Terkini Liga Super  25 Mei 2011 | Jadual Liga Super 28 Mei 2011


sumber  : astro arena

Terengganu merampas kedudukan carta terkini liga super 25 Mei 2011 setelah pendahulu liga super Kelantan tewas 1-2 ditangan T-Team sebentar tadi. Selangor pula mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas lagi malam ini ditangan Harimau Muda A 1-2. Penjaring terbanyak liga super pula kini dipegang oleh Abdul Hadi Yahya yang menjaringkan hatrik malam ini membantu Terengganu membelasah Pahang 5-0.

Jangan lupa saksikan perlawanan liga super 28 Mei 2011 dan nantikan keputusan terkini liga super 28 Mei 2011, seperti biasa akan diupdate dari masa ke semasa. Siaran langsung liga super di Astro Arena pula, dikatakan akan membawakan  perlawanan Terengganu vs Kedah pada 28 Mei 2011 ini


JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 28 MEI 2011 

Kelantan vs Pahang  - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Selangor vs Negeri Sembilan - Stadium Shah Alam, Selangor

Terengganu vs Kedah - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Perak vs Terengganu PBDKT T-Team - Stadium Perak, Ipoh

Kuala Lumpur vs Johor FC - Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Harimau Muda A vs Sabah - Stadium MP Selayang, Selangor

Perlis vs Kuala Lumpur Felda United FC - Stadium Utama Negeri, Kangar


Nantikan siaran langsung liga super 28 mei 2011 Terengganu vs Kedah di Astro Arena 801 - LIVE STREAMING - sebarang perubahan akan diberitahu kelak








carian : keputusan liga super 28 mei 2011, jadual perlawanan liga super 28 mei 2011, keputusan terkini liga super 28 mei 2011, senarai penjaring liga super 28 mei 2011, live streaming liga super 28 mei 2011 astro arena, siaran langsung astro arena liga super 28 mei 2011,



Keputusan Terkini Liga Super 25 Mei 2011



Keputusan Terkini Liga Super 25 Mei 2011 | 25 /5/ 2011

Liga Super hari ini bakal menyaksikan 7 lagi perlawanan berlangsung, perlawanan tumpuan Liga Super 25 May 2011 sudah pastinya pertembungan 4 pasukan dari pantai timur iaitu, Kelantan vs T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV dan Terengganu vs Pahang di Kuala Terengganu. Perlawanan ini juga penting dalam misi Kelantan dan Terengganu mencapai mata penuh untuk terus bersaing di tangga teratas dalam carta terkini liga super 25 mei 2011.

Sementara itu, Johor FC akan melayan kunjungan Kedah di Stadium J-Corp Pasir Gudang, manakala Kuala Lumpur akan menentang N.Sembilan di Cheras. Perlawanan  lain adalah pertemuan Perlis vs Perak di Kangar, Sabah vs Felda United yang mungkin akan dimulakan awal sedikit, serta perlawanan yang dikatakan mungkin akan disiarkan siaran langsung di Astro Arena Liga Super 25 Mei 2011 Selangor vs Harimau Muda A - LIVE STREAMING,

Peminat- peminat bola sepak Kelantan FA, sudah pastinya mengharapkan agar ada siaran langsung perlawanan bolasepak liga super Kelantan vs T-Team di ustream redvision tv2 25 Mei 2011, malam ini.  Begitu juga dengan peminat pasukan skuad penyu, yang mahu menyaksikan live streaming online Terengganu vs Pahang 25 mei 2011 atau melalui radio di ganusoccernet. Diharapkan kedua-dua channel tersebut tidak menghampakan malam ini.


Keputusan Penuh Liga Super 25 May 2011

FULL TIME

JOHOR FC - 0 vs KEDAH  -1 - FULL TIME
( badrol bakhtiar )

KELANTAN - 1 vs T-TEAM - 2- FULL TIME
( nurul azwan roya )-( badrul,norfarhan )

KUALA LUMPUR - 1 vs N.SEMBILAN -1 - FULL TIME

PERLIS - 1 vs PERAK -2 - FULL TIME
( )-( shazuan ashraf, akmal rizal )

SABAH - 2 vs FELDA UNITED - 1 - FULL TIME

SELANGOR - 1 vs HARIMAU MUDA A - 2 - FULL TIME

TERENGGANU - 5 vs PAHANG - 0 - FULL TIME
( saha, hadi yahya - 3, manaf mamat)


tamat sudah perlawanan liga super malam ini..dengan kedudukan carta terkini liga super 25 mei berubah wajah, dengan terengganu merampas kedudukan teratas liga super 25 mei 2011..jangan lupa perlawanan akan datang perlawanan liga super  28 mei 2011 -




















KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 25 MEI 2011 akan diupdate dari masa ke semasa ( sila masuk setiap 5-10minit../ refresh page ) bermula malam ini!!

nantikan live streaming siaran langsung liga super astro arena 25 mei 2011 Selangor vs Harimau Muda A jam 8.45 malam...sebarang perubahan akan diberitahu kelak...












carian : keputusan liga super 25 mei 2011, keputusan penuh liga super 25 mei 2011, keputusan semasa liga super 25 mei 2011, keputusan liga super Kelantan vs T-Team 25 mei 2011, keputusan liga super Terengganu vs Pahang 25 Mei 2011, keputusan liga super Perlis vs Perak 25 mei 2011, keputusan liga super Selangor vs Harimau Muda A, keputusan terkini liga super Johor FC vs Kedah 25 Mei 2011, keputusan terkini penuh liga super Sabah vs Felda United, keputusan liga super Kuala Lumpur vs Negeri Sembilan 25 may 2011, live streaming liga super 25 mei 2011, siaran langsung liga super 25 Mei 2011 tiada di RTM TV1, live streaming link liga super 25 mei 2011, link online tonton / watch liga super malaysia 25 mei 2011 perlis vs perak, penjaring liga super 25 mei 2011, carta terkini liga super 25 mei 2011, watch online football liga super malaysia,






















Video | Real Madrid vs Almeria 8 - 1 - 21 Mei 2011



Keputusan La Liga Real Madrid vs Almeria 21 Mei 2011 | Video Full Match Highlight

REAL MADRID vs ALMERIA
8 : 1 
christiano ronaldo 4', 77'  |  kalu uche 33'                          
adebayor 31', 53', 73            |                                                       
karim benzema 48', 64'      |                                                      
joselu 87'                               |                                                     

Walaupun gagal untuk menjuarai liga sepanyol musim 2011 ini, namun barisan serangan Real Madrid yang diterajui pemain termahal dunia Christiano Ronaldo begitu berbisa untuk mencipta gol. Christiano Ronaldo sendiri telah menerima anugerah penjaring terbanyak La Liga Sepanyol dengan 40 gol, dan merupakan rekod penjaring terbanyak dalam satu musim di Sepanyol, memecahkan rekod pemain lagenda Pichichi. Sementara secara keseluruhan, barisan hadapan Real Madrid telah menghasilkan 102 gol dalam musim ini.

Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan jumlah jaringan yang besar itu, bekas penyerang Arsenal dan Manchester City, Emanual Adebayor meledak hatrik dan semakin menjadi sentuhan beliau sejak dibeli oleh Jose Mourinho dari Man City. Sementara Ronaldo dan Karim Benzema masing menyumbang dua gol, dan satu gol oleh pemain gantian Joselu. Gol saguhati Almeria dijaringkan oleh kalu uche.

Ironinya..ini adalah perlawanan terakhir penjaga gol Real Madrid yang juga bekas penjaga gol Liverpool berusia 38 tahun iaitu Jerzy Dudek bersama Real Madrid setelah 4 musim.


Youtube Match Highlight | All Goals Real Madrid vs Almeria 21 May 2011





Terengganu Berkeyakinan Tinggi Rangkul Dua Kejuaraan Musim Ini



Bukan bercakap besar tetapi secara realitinya Irfan Bakti mengakui pasukan Terengganu kini berada pada landasan yang betul untuk memenangi trofi Liga Super 2011 dan Piala FA 2011. Malah, Irfan yang pernah mengendali kelab Indonesia, Persipura turut menjelaskan pertembungan liga super menentang Kelantan pada 6 Jun ini bakal menjadi penentu kepada peluang pasukannya untuk meraih kejuaraan berganda.

Keyakinan itu disuarakan selepas anak-anak buahnya membelasah Negeri Sembilan 3-0 untuk melonjak ke tangga kedua dalam carta terkini Liga Super kelmarin. Tiga mata yang diraih di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu meletakkan Terengganu berkongsi 44 mata bersama pendahulu, Kelantan dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan. Selangor pula mengekori rapat di tempat ketiga dengan 42 mata.

"Atas kertas, memang tidak mustahil untuk kami menjuarai Liga Super dan Piala FA, namun masih terlalu awal untuk menentukan keputusan ini. "Kami masih berbaki lima perlawanan liga untuk dilalui dengan empat daripada perlawanan itu menyaksikan kami akan turun sebagai tuan rumah termasuk pertemuan menentang Kelantan pada 6 Jun ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Irfan menjelaskan dia enggan terlalu memikirkan soal cabaran yang bakal diberikan Kelantan terutamanya pada aksi final Piala FA 2011 11 Jun ini. Katanya, setiap perlawanan yang dilalui bermula dari pertemuan menentang Pahang esok adalah penting bagi memastikan skuad kendaliannya tidak keciciran mata. "Saya mahu pastikan semua pemain tidak terlalu memikirkan perlawanan akhir Piala FA 2011 Terengganu vs Kelantan kerana masih banyak cabaran yang perlu kami lalui sebelum 11 Jun ini.

"Kami akan menentang pasukan-pasukan hebat seperti Pahang, Kedah, T-Team dan Kelantan sebelum aksi final piala FA 2011 di Bukit Jalil itu. "Jadi, saya tidak mahu pemain hilang tumpuan walaupun saya sedar tekanan kini semakin kuat dirasai oleh mereka," ujarnya lagi.

Mengulas mengenai prestasi positif yang dipamerkan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin dalam beberapa perlawanan terakhir ini, Irfan menganggapnya sebagai bonus tambahan kepada pasukan untuk terus kekal dalam kelompok teratas liga. "Saya lebih suka jika semua pemain dalam pasukan ini mampu menjaringkan gol tidak kira mereka berada di posisi pertahanan atau tengah kerana ia akan memberi kelebihan kepada pasukan.

"Namun, sentuhan penyudah daripada Manaf dan Ashaari termasuk Abdul Hadi Yahya tetap ditagih penting untuk memberikan kemenangan kepada pasukan," jelasnya.
sumber / diedit : kosmo
carian : venue perlawanan akhir piala FA 2011 Kelantan vs Terengganu, venue final piala FA 2011, stadium bukit jalil 11 jun 2011, tarikh final piala FA 2011 Kelantan vs Terengganu, harga tiket perlawanan akhir piala FA 2011 Kelantan vs Terengganu, booking tiket final piala FA 2011 Kelantan vs Terengganu online, senarai penjaring terbanyak Terengganu liga super 2011,

Siapa Pengurus Baru Chelsea ? | Andre Villas Boas Bakal Ganti Carlos Ancelotti Yang Dipecat



Siapa Pengurus Baru Chelsea 
Secara rasminya, Chelsea telah memecat pengurus pasukan itu, Carlo Ancelotti awal pagi semalam. Chelsea mengambil keputusan untuk memecat Ancelotti selepas penggendali dari Itali itu gagal membantu skuad The Blues memenangi sebarang gelaran musim ini.

Andre Villas-Boas ( gambar ) yang membawa Porto menjuarai Liga Europa dan Liga Portugal dianggap calon pilihan untuk menggantikan tempat Ancelotti itu. Beliau juga merupakan calon yang dilihat paling layak memandangkan pencapaiannya bersama Porto FC baru-baru ini dan  merupakan bekas anak didik Jose Mourinho. 

Turut dikaitkan ialah bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini merupakan jurulatih Real Madrid dan pengurus Turki, Guus Hiddink. Jose Mourinho mungkin tidak akan dilepaskan oleh pengurusan Real Madrid memandang kontrak dan persembahan yang ditunjukkannya boleh dibanggakan. Manakala Guus Hiddink baru sahaja melatih skuad kebangsaan Turki. Namun segalanya boleh berubah.




Pada aksi terakhir Liga Perdana England awal pagi semalam, Chelsea tewas 0-1 kepada Everton untuk menamatkan saingan musim ini di tempat kedua selepas ketinggalan sembilan mata di belakang Manchester United. Dengan pemecatan Ancelotti itu, Chelsea sudah pun mempunyai seramai tujuh orang pengurus sejak hartawan Rusia, Roman Abramovich mengambil alih kelab London itu pada 2003. Dengan Chelsea Ancelotti telah berjaya merangkul beberapa kejayaan, antaranya termasuk kejuaraan berganda musim lalu yang merupakan kali pertama berjaya dilakukan dalam sejarah kelab itu. 

sumber / diedit : kosmo



p/s : Bagaikan sudah menjadi satu trend, apabila pasukan itu gagal memenangi sebarang trofi pada satu musim, maka pengurus / jurulatih pasti akan dipecat walaupun sebelumnya telah membawa berbagai kejuaraan untuk pasukan itu.Di Malaysia pun...hampir terikut..kadang kala, bukan pengurus atau jurulatih, tetapi keseluruhan pasukan harus dipersalahkan..




carian : jurulatih chelsea 2012, pengurus baru chelsea, pemain baru chelsea, pemebelian pemain baru 2012, jurulatih bola sepak dipecat,

Carta Terkini Liga Super 22 Mei 2011 | Jadual Liga Super 25 Mei 2011


Carta Terkini Liga Super  22 Mei 2011 | Jadual Liga Super 25 Mei 2011


JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 25 MEI 2011 |

JOHOR FC vs KEDAH 

KELANTAN VS T-TEAM

KUALA LUMPUR vs N.SEMBILAN

PERLIS vs PERAK

SABAH vs FELDA UNITED

SELANGOR vs HARIMAU MUDA A

TERENGGANU vs PAHANG











KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 25 MEI 2011 akan diupdate pada minggu hadapan....nantikan live streaming siaran langsung liga super astro arena 25 mei 2011 minggu hadapan.



























































KEPUTUSAN FORMULA 1 GRAN PREMIO DE ESPAÑA SANTANDER 2011 | SPANISH GRAND PRIX 22 MAY 2011


KEPUTUSAN FORMULA 1 SPANISH GRAND PRIX - CATALUNYA | 22 MEI 2011 | VETTEL JUARA LAGI

Sebastian Vettel juara Spanish GP, membuktikan keunggulannya apabila mengungguli lagi saingan perlumbaan formula satu F1 GP SPANISH hari ini apabila muncul juara untuk kali ke 4, sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kutipan mata F1 GP 2011. Walaupun diberi saingan oleh bekas juara dunia f1 Lewis Hamilton namun Vettel unggul mengawal jenteranya dan Hamilton berpuas hati sebagai naib juara gp spanish 2011. Podium ketiga pula dimenangi oleh Jenson Button. Sementara Nick Heidfeld yang mewakili Lotus-Renault GP, berjaya mencuri 4 mata berharga apabila menamatkan perlumbaan ditempat ke 8. 

Perlumbaan F1 GP seterusnya adalah di F1 GRAND PRIX MONACO pada 29 Mei 2011 / 29/5/2011 - nantikan keputusannya.....

KEPUTUSAN FORMULA 1 SPANISH GRAND PRIX 22 MAY 2011

KEDUDUKAN MATA PASUKAN


KEDUDUKAN MATA PELUMBA




klik untuk zoom


carian : keputusan terkini f1 gp 22 mei 2011, siapa menang f1 gp spanish 22 mei 2011, keputusan gp spanish 22 may 2011, spanish f1 gp catalunya result 22 may 2011, kedudukan mata pelumba dan pasukan f1 gp 2011

Popular Posts